Manajemen Uang

10 Tabiat Pengurusan Wang Yang Lebih Cekap

Gunakan petua berguna ini untuk menguruskan hal kewangan anda


Cara anda menguruskan kewangan peribadi anda boleh mempengaruhi masa depan anda.
Untuk menjadi lebih berjaya, mulakan dengan mengamalkan tabiat wang yang sihat. Ia sama penting seperti penjagaan pemakanan seimbang dan pengambilan vitamin yang mencukupi.

Dalam artikel ini, kami telah mengumpul petua pengurusan wang yang terbaik. Ia boleh diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat, termasuk pelajar, dewasa dan golongan lebih tua.
Teruskan membaca untuk melihat kesilapan yang dibuat dan bagaimana untuk memperbaikinya.

 

#1: Hadap Hutang Anda

Langkah pertama untuk melunaskan hutang anda adalah dengan menghadapnya. Anda harus tahu jumlah hutang anda. Ia mungkin menggerunkan, tetapi tiada manfaatnya sekiranya anda mengabaikan masalah ini.
Buat senarai nama orang dan institusi yang anda hutang. Kad kredit, pinjaman konsumer, individu ー senaraikan semuanya.

Kemudian, kira berapa banyak anda harus bayar setiap bulan untuk mengelak sebarang penalti. Ia penting untuk membayar sekurang-kurangnya jumlah minimum. Sekiranya boleh, anda sepatutnya dapat membayar peratusan yang lebih tinggi: membayar kurang daripada bayaran minimum membuat anda berhutang selama bertahun-tahun.

Sekiranya aliran tunai anda tidak mencukupi untuk menanggung hutang anda, ubahlah tabiat yang mengakibatkan anda berhutang dan fikirkan cara untuk menghasilkan wang tambahan. Kurangkan berbelanja, potong kad kredit, cari kerja dengan gaji yang lebih tinggi atau aliran pendapatan alternatif.

 

#2: Tentukan Pendapatan Bulanan Anda

Ramai orang tidak tahu berapa banyak pendapatan mereka sebenarnya. Ini adalah masalah besar. Untuk menguruskan aliran tunai anda secara berkesan, anda perlu tahu berapa banyak, dari mana asalnya pendapatan ini, dan ke mana ia pergi.

Jumlahkan semua wang yang anda terima, termasuk gig, bonus, dividen, pendapatan iklan, keuntungan perdagangan dan pendapatan lain, besar atau kecil. Jangan lupa untuk tolak jumlah cukai.
Baik, sekarang anda faham berapa banyak pendapatan anda. Kini masanya untuk lihat ke mana pergi wang ini.

 

#3: Tabiat Wang Yang Sihat

Penjejakan perbelanjaan adalah penting untuk memahami jika anda menguruskan wang anda dengan bijak. Kebanyakan daripada kita mengelakkan pembajetan kerana ia mengekang dan memberi tekanan. Nyatalah, proses ini memaksa kita menghadapi perbelanjaan berlebihan dan mengorbankan perkara yang kita nikmati, kan? Selain itu, pembajetan seiring dengan kerja kertas yang membosankan.

Sekiranya anda berkongsi visi ini, anda perlu mengubah sikap. Jejak perbelanjaan untuk mengurangkan pembaziran wang, tetapi bukan untuk mengorbankan nikmat hidup. Kenal pasti kebocoran untuk menyalurkan lebih banyak wang kepada sesuatu yang lebih memerlukannya.

 

#4: Manfaatkan Teknologi Moden

Berkenaan proses pengiraan, tidak perlu lagi menggunakan kaedah pen dan kertas. Gunakan kelebihan perisian pembajetan teknologi terkini yang menawarkan pelbagai alat penjejakan kewangan.

Terdapat pelbagai aplikasi pengurusan wang yang hebat di luar sana untuk golongan milenial. Ia memudahkan pemantauan pelaburan, penganalisa tabiat perbelanjaan dan memastikan anda membuat keputusan kewangan yang lebih bijak. Contohnya, aplikasi tertentu membolehkan anda menetapkan had perbelanjaan mingguan untuk kategori berlainan, memindahkan dana tambahan secara automatik kepada simpanan kecemasan, atau membuat penganggaran perbelanjaan akan datang.
Aplikasi yang terbaik adalah mesra pengguna dan mempunyai pelbagai tetapan untuk dilaraskan. Tidak semestinya perlu untuk membayar add-ons premium, alat percuma biasanya memadai seadanya.

 

#5: Tentukan Keutamaan & Matlamat Anda

Banyak wang dibelanjakan kerana anda tidak tahu matlamat dan keutamaan hidup anda. Tanpa adanya gambaran besar, anda mungkin membazirkan wang untuk sesuatu yang tidak berguna.
Sekali lagi, penetapan matlamat tidak bermaksud menukar nikmat hidup dengan masa depan yang cerah. Sebaliknya, ia mengenal pasti apa yang penting dan memberi tumpuan padanya.

Ini mungkin rumah yang lebih besar, pendidikan bertaraf dunia untuk anak anda, menjelajahi dunia, memiliki perniagaan sendiri atau persaraan awal. Setelah menentukan matlamat anda dengan jelas, perbelanjaan yang tidak bermakna akan berkurang secara automatik.

 

#6: Rangka Rancangan (dan Ikutinya)

Sekarang anda tahu berapa banyak pendapatan dan perbelanjaan anda, dan juga matlamat anda. Langkah seterusnya, buat rancangan.
Membuat rancangan bermaksud menyelaraskan perbelanjaan anda dengan matlamat anda dan mengurangkan apa-apa yang anda tidak perlukan. Katakan anda seorang pereka grafik bercita-cita tinggi, anda mungkin ingin berbelanja lebih banyak untuk monitor resolusi tinggi atau perisian grafik yang canggih. Atau sebagai seorang pedagang, anda ingin melabur dalam komputer riba yang lebih laju dan kursus perdagangan intensif.

Terpulang pada anda apa untuk disingkirkan. Anda boleh menjimatkan wang dengan menamatkan langganan dan keahlian yang tidak digunakan, menurun taraf kepada penerbangan kelas ekonomi, atau gunakan MRT daripada memilih Grab atau teksi.

 

#7: Mulakan Tabiat Menabung Dari Awal

Menabung duit dari awal mempunyai banyak kelebihan. Jika wang anda mempunyai lebih masa untuk bertambah, anda boleh menikmati kelebihan faedah kompaun.
Sikit-sikit, lama jadi bukit. Amalkan tabiat untuk menabung X ringgit setiap bulan apabila gaji masuk. Tidak lama lagi, anda akan lakukan secara automatik
Satu lagi petua ialah untuk menetapkan matlamat yang jelas di minda (Lihat No.4). Tidak cukup untuk membuat senarai hajat sahaja. Bayangkan matlamat dengan butiran, gunakan emosi untuk menggambarkannya. Dengan itu, anda akan mempunyai kaitan emosi dengan masa anda.

 

#8: Sediakan Dana Kecemasan

Sentiasa sediakan dana kecemasan. Sekurang-kurangnya cukup untuk membayar 4 bulan daripada perbelanjaan wajib, termasuk sewa, makanan, bil utiliti, kos pengangkutan, dsb.
Ramai tidak sediakan payung sebelum hujan: ada yang mengatakan hari hujan adalah hari ini, yang lain pula bergantung pada kad kredit atau pinjaman. Tetapi anda lebih bijak daripada itu.
Dana kecemasan dapat menenangkan fikiran anda. Apabila anda tidak mempunyai wang simpanan, kelangsungan hidup menjadikan keutamaan anda dalam situasi yang sukar. Ia membawa kepada keputusan kewangan yang kurang baik dan akan menjejaskan hidup anda.

Untuk mula menyimpan dana kecemasan, semak semula bajet anda dan tinggalkan beberapa perkara yang tidak diperlukan. Contohnya, anda tidak dapat melancong sekarang, simpan wang itu daripada membeli TV baharu.

 

#9: Cari Wang Percuma

Cari jalan untuk membayar kurang sedikit untuk apa yang anda perlukan atau dapatkan secara percuma.
Zaman ini terdapat banyak peluang penjimatan yang kita tidak sedar. Berikut adalah beberapa petua berguna:

  • Semasa membeli-belah dalam talian, cari diskaun, cashback, kupon, dan tawaran istimewa. Periksa harga di kedai lain untuk pastikan pelekat harga asal dan diskaun adalah benar.
  • Periksa jika majikan anda meliputi perbelanjaan seperti insurans nyawa atau perjalanan, langganan kepada perkhidmatan mahal, kursus pendidikan atau keahlian gym. Ambil tahu faedah kerja anda ー ia mungkin dapat menjimatkan wang untuk anda.
  • Cari bonus dan kod promo untuk membayar kurang untuk apa yang anda inginkan. Kebanyakan ini adalah untuk masa terhad, jadi anda harus bertindak cepat dan rebut peluang sebelum ia luput.
  • Tuntut hak anda daripada pihak kerajaan. Kadang kala terdapat faedah cukai, bantuan kredit dan bayaran balik yang tidak dituntut kerana orang ramai tidak sedar akan manfaat ini. Jika anda rasa anda layak menerima sokongan kewangan, dapatkan maklumat lanjut.

 

#10: Jana wang dengan wang anda

Seperti yang kita ketahui, inflasi akan mengurangkan nilai simpanan sepanjang masa berlalu, walaupun anda berurusan dengan mata wang stabil seperti USD. Jadi, jangan biarkan wang anda dalam akaun simpanan berkadar faedah sederhana. Sebaliknya, gunakan sebahagian daripada dana anda untuk menghasilkan lebih banyak wang untuk anda.

Terdapat 2 cara untuk mengerjakan “wang aktif” anda:

  • Pelaburan
    Anda membeli aset tertentu dan pegang sehingga harganya menaik. Proses ini mungkin mengambil masa beberapa bulan, tahun atau berpuluh-puluh tahun, jadi aset tersebut harus sepadan dengan matlamat dan wawasan pelaburan anda.
  • Perdagangan
    Dalam kes ini, anda tidak terlibat dalam hubungan jangka panjang dengan suatu aset. Ia tidak kira jika harga naik atau turun kerana anda dapat menerima manfaatkan melalui apa sahaja pergerakan yang berlaku. Rahsianya ialah untuk menguasai alat Analisis Teknikal dan membuka akaun broker.

Olymp Trade, salah satu peneraju pasaran yang terkenal, menawarkan antara muka yang mesra pengguna, koleksi besar alat perdagangan dan pelbagai jenis aset, termasuk mata wang tradisional dan digital.

 

Kesimpulan

Sekiranya anda masih mendapati pengurusan wang sesuatu yang stres atau membosankan, tiba masanya untuk ubah fikiran ini.
Menabung, membajet, mengurangkan perbelanjaan, merancang pembelian, pelaburan dan perdagangan boleh dijadikan sesuatu yang menarik dan membebaskan. Manfaatkan aplikasi pintar untuk menguruskan kerja yang rumit dan jimatkan masa dengan antara muka yang mudah dan boleh disesuaikan.

Sekiranya anda ingin mencuba perdagangan, mulakan dengan Olymp Trade di Olymp Trade.

Related posts