Manajemen Uang

Bonus Forex Tanpa Deposit: Apakah Harga “Wang Percuma”?

Adakah bonus tanpa deposit sejenis scam? Baca lebih lanjut


Sesiapa yang pernah berminat dalam Forex pasti pernah lihat promosi “bonus tanpa deposit” (juga dipanggil “welcome bonus”). Tawaran ini hampir tidak dapat ditolak: “Buka sahaja akaun dan deposit pertama anda akan diberikan oleh kami!”.

Walaupun sangat menarik, ramai yang masih teragak-agak untuk mengambilnya. Biasanya kalau sesuatu dianggap terlalu bagus untuk menjadi benar, ia ternyata betul, kan?

Tapi, kali ini jawapan tidak begitu jelas. Sudah pasti terdapat beberapa kelebihan ‘welcome bonus’ Forex, begitu juga kekurangan yang tidak dapat dinafikan. Mari kita lihat sisi positif dan negatif untuk cuba ketahui jika bonus tanpa deposit adalah benar-benar berbaloi dan bagaimana jenis bonus lain (misalnya bonus yang ditawarkan oleh Olymp Trade) berbeza berbanding dengannya.

 

Bonus Tanpa Deposit: Bagaimana Ia Berfungsi?

Terma-terma umum adalah seperti berikut: selepas pedagang membuka akaun baru dengan broker Forex, mereka akan menerima jumlah wang yang tetap untuk perdagangan. Dalam kebanyakan situasi, jumlah wang yang ditawarkan sebagai bonus adalah agak kecil, biasanya antara $5 hingga $100.

Pedagang tidak perlu deposit walaupun satu sen untuk mengambil kesempatan tawaran ini, tetapi bonus biasanya diberikan dengan syarat tertentu. Untuk mengeluarkan dana, pedagang perlu memenuhi beberapa syarat yang ketat. Terma-terma sebenar mungkin berbeza antara broker, tetapi secara umumnya pedagang perlu melaksanakan jumlah dagangan yang besar, jumlah keseluruhan ini dipanggil “turnover”.

Jumlah turnover atau perolehan yang diperlukan biasanya beratus-ratus kali lebih besar daripada saiz bonus. Ini adalah usaha yang mencabar jika bukan mustahil. Lebih-lebih lagi dari segi penggunaan dana peribadi, yang bercanggah dengan konsep “bonus tanpa deposit”, tetapi ia memberi kelebihan kepada broker.

 

Feadah Bonus Tanpa Deposit

Kita mulakan dengan fakta yang jelas: bonus tanpa deposit (dari segi teori) memberikan anda peluang untuk mengalami dunia perdagangan tanpa melabur wang anda. Terdapat peluang untuk menghasilkan keuntungan sebenar, yang pasti lebih mengujakan berbanding keuntungan yang dihasilkan pada akaun demo menggunakan mata wang maya.

Oleh kerana tiada dana peribadi digunakan, pedagang boleh meninggalkan broker pada bila-bila masa, jika mereka tidak suka sebuah platform atau terma perkhidmatan yang ditawarkan. Tidak rugi apa-apa. Dan jika akhirnya mereka suka broker tersebut, bonus itu adalah permulaan yang bagus dan dianggap tambahan kepada deposit pertama mereka.

 

Kekurangan Bonus Tanpa Deposit

Pertama, penting untuk jelaskan bahawa bonus tanpa deposit hanya ditawarkan kepada pelanggan baharu. Pedagang tidak diberi peluang untuk memilih jika mereka ingin memanfaatkan dana tambahan ini serta merta atau pada masa yang akan datang. Tawaran ini adalah jenis “guna sekarang atau tiada langsung”.

Kedua, saiz bonus biasanya kecil sahaja. Ini menimbulkan beberapa masalah. Iaitu, jumlah ini terlalu kecil untuk mempengaruhi pendapatan pedagang. Selain itu, ia tidak membolehkan apa-apa jenis strategi pengurusan risiko.

Hukum emas pengurusan risiko yang cuba diamalkan oleh kebanyakan pedagang ialah jangan sesekali melabur lebih daripada 2% baki keseluruhan. Tetapi jumlah pelaburan minimum untuk kebanyakan broker Forex akan memberi tekanan kepada pedagang untuk mengabaikan peraturan ini.

Walaupun mereka menggunakan leverage 1:500, deposit $100 masih hanya akan membeli 5 dagangan, semuanya berisiko tinggi. Secara alternatif, pedagang boleh melabur kesemua dana, namun pendekatan ini berkemungkinan besar serupa dengan perjudian dan bukan perdagangan Forex yang betul.

Kemudian ada pula broker yang menawarkan bonus tanpa deposit yang lebih tinggi, misalnya $500 dan ke atas. Adakah ia boleh dipercayai? Secara praktikal: jika sebuah broker adalah broker berlesen dan dikawal selia, maka ia akan menunaikan janji mereka, tetapi anda perlu melalui pelbagai langkah sebelum melihat keuntungan. Jika broker tidak di bawah kawal selia, baik untuk jauhkan diri.

Walau bagaimanapun, nampaknya bonus tanpa deposit tidak berbaloi jika anda berharap untuk mendapat pengalaman perdagangan keseluruhan (atau menguntungkan).

 

Bonus Olymp Trade: Bagaimana Ia Berbeza?

Anda tidak akan menjumpai promosi bonus tanpa deposit di platform Olymp Trade. Kami tidak menawarkan jenis bonus ini kerana amalan ini bersifat memperdaya dan tidak mempunyai manfaat sebenar untuk pedagang. Jadi, apa yang kami lakukan sebaliknya?

Diskaun

Pedagang yang ingin menaik taraf status mereka kepada Advanced atau Expert boleh melakukannya dengan diskaun 50% untuk deposit yang melayakkan mereka. Itu cara yang hebat untuk memulakan perdagangan dengan syarat-syarat premium, betul?

Bonus dengan Bayaran Deposit

Apabila anda deposit $500 (atau setara dalam mata wang anda), anda mendapat 30% tambahan dalam akaun anda. Dan jika anda deposit sekurang-kurangnya $4,999 (atau setara) anda boleh menerima 50% bonus. Itu jumlah besar untuk dana tambahan dan pasti mempengaruhi hasil perdagangan anda.

Kod Promo

Selain itu, Olymp Trade sentiasa menawarkan kod promo untuk bonus bagi apa sahaja nilai deposit.

Tidak seperti bonus tanpa deposit yang dibincangkan dalam artikel ini, tawaran ini boleh diaktifkan bila-bila masa anda perlukan dana tambahan. Anda boleh mendapat 15, 30, 50 atau 100 peratus ekstra walaupun dengan deposit minimum di Olymp Trade.

Kita lihat contoh bagaimana ini bermanfaat untuk anda. Apabila anda membuat deposit $100 dengan kod promo 20%, anda sebenarnya mendapat $120 dalam akaun anda. Pertimbangkan jumlah dagangan minimum iaitu $1, ini bermakna anda boleh membuat 20 lagi dagangan untuk jumlah wang yang sama. Dana bonus tambahan meluaskan lagi peluang perdagangan anda.

Anda boleh mendapat kod promo daripada pelbagai sumber: sebagai promo istimewa di platform perdagangan online, sebagai hadiah kepada peserta pertandingan, satu ganjaran di kumpulan Facebook kami atau (paling kerap diterbitkan) — di blog Olymp Trade. Kami menyediakan kod promo untuk bonus setiap bulan, jadi anda sentiasa boleh mencari satu untuk digunakan sekiranya anda perlukan sedikit bantuan untuk memulakan perdagangan anda.

 

Cara untuk mengaktifkan kod promo Olymp Trade

Anda boleh aktifkan kod promo untuk terima bonus dengan 3 langkah mudah:

  1. Di platform Olymp Trade, klik Deposit kemudian, selepas memilih kaedah pembayaran, klik pilihan kod Promo.
  2. Masukkan kod promo yang anda ada dan aktifkan.
  3. Isikan jumlah wang untuk deposit.

Itu sahaja! Anda telah mendapat bonus lumayan dalam akaun perdagangan anda.

 

Kesimpulan

Walaupun bonus tanpa deposit nampak seperti cara yang hebat untuk memulakan perjalanan perdagangan Forex anda, ia jarang memenuhi jangkaan. Dari segi saiz yang tidak mencukupi, penggunaan terhad dan syarat-syarat yang dikenakan, alat pemasaran ini lebih memihak kepada broker berbanding pedagang. Mereka yang ingin meningkatkan bajet perdagangan mereka pasti lebih berpuas hati dengan bonus deposit yang biasa.

 

Related posts
Analisis Teknikal

Indikator Purata Bergerak

Purata Bergerak (MA) adalah indikator trend dalam analisis teknikal yang mana banyak strategi disasarkan. Ia adalah garisan dalam carta yang mana menunjukkan nilai purata aset...
Psikologi

Kejayaan awal: rakan atau musuh?

Adakah anda tahu parti mana yang paling bercita-cita tinggi dalam pasaran kewangan? Sudah tentu pedagang baru. Anda boleh mencari cita-cita mencapai 100 atau bahkan 200 peratus...