Analisis Fundamental

Cara untuk Berdagang di Olymp Trade Semasa Earnings Season

Dapatkan wang daripada laporan keuntungan suku tahunan syarikat-syarikat terbesar


Earnings Season merupakan tempoh syarikat-syarikat terbesar mengeluarkan hasil kewangan suku tahunan mereka. Tempoh ini merupakan tempoh yang paling produktif bagi pedagang.

Tidak kira apa-apa keajaiban yang dilakukan oleh jabatan pemasaran dan apa-apa rancangan yang dikongsi oleh pengurus atasan, laporan perolehan suku tahunan yang menunjukkan keadaan baik sesebuah syarikat. Itulah sebabnya hasil kewangan suku tahunan digunakan untuk menilai keadaan bagi kedua-dua pelaburan jangka panjang dan perdagangan jangka pendek.

Earnings Season baharu bermula pada Januari 2021. Artikel kami akan membantu anda untuk memanfaatkan laporan syarikat-syarikat terbesar di dunia sepenuhnya.

 

Keberkalaan Earnings Season

Syarikat-syarikat akan mengeluarkan laporan perolehan mereka selepas satu suku tahunan tamat. Kami boleh katakan bahawa musim perolehan berlangsung selama kira-kira dua bulan. Kemuncak pengeluaran jatuh pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober. Walau bagaimanapun, sesetengah syarikat juga boleh melaporkan penyata kewangan suku tahunan mereka pada masa lain.

 

Peluang untuk Pelabur

Setiap musim pelaporan membolehkan pelabur saham untuk mengimbangkan semula kedudukan mereka: mereka menjual saham syarikat yang kurang berjaya dan membeli saham syarikat yang berprestasi lebih baik.

Pedagang lebih berminat dalam turun naik yang lebih tinggi. Selepas pengeluaran laporan, sebut harga harga sekuriti boleh naik atau turun. Ia bergantung pada penyata kewangan syarikat tersebut secara langsung. Maksudnya, seseorang boleh mendapat kadar pulangan yang tinggi apabila mendagangkan saham dalam 1-2 hari selepas penerbitan laporan tersebut.

 

Kalendar Perolehan

Jadual ringkasan ini memberikan maklumat tentang tarikh dan masa pelaporan. Berikan perhatian pada penentuan BMO dan AMC — mereka akan menunjukkan anda masa yang tepat untuk membuka dagangan.

BMO (Sebelum Pasaran Buka, Before Market Open) bermaksud bahawa laporan akan dikeluarkan sebelum sesi perdagangan AS dibuka – iaitu, sebelum 13:30 UTC. Dalam kes ini, pasaran akan memberi reaksi kepada berita tersebut pada hari yang sama.

AMC (Selepas Pasaran Tutup, After Market Close) bermaksud bahawa laporan akan dikeluarkan selepas sesi perdagangan AS ditutup (selepas 20:00 UTC), yang bermaksud bahawa reaksi pedagang hanya akan ditunjukkan pada keesokan harinya.

Di Olymp Trade, anda boleh membuat dagangan pada saham 35 buah syarikat dalam mod Forex dan 17 buah syarikat dalam mod FTT.

Untuk kemudahan anda, kami telah menyediakan kalendar Earnings Season untuk Januari-Mac 2021. Sila ambil perhatian bahawa kalendar ini hanya mempunyai saham syarikat yang boleh anda dagangkan di Olymp Trade:

Syarikat Tarikh Masa
JPMorgan Chase 15.01 BMO
Goldman Sachs 19.01 BMO
Netflix 19.01 AMC
Procter & Gamble 20.01 BMO
Morgan Stanley 20.01 BMO
IBM 21.01 AMC
Johnson & Johnson 26.01 BMO
Novartis 26.01 BMO
Starbucks 26.01 AMC
3m 26.01 BMO
AMD 26.01 BMO
Ebay 27.01 AMC
Mastercard 27.01 BMO
Tesla 27.01 BMO
Apple 27.01 AMC
Facebook 27.01 AMC
Boeing 27.01 BMO
Mcdonalds 28.01 BMO
Chevron 29.01 BMO
Caterpillar 29.01 BMO
Nintendo 01.02
Exxon Mobil 02.02 BMO
Microsoft 03.02 AMC
Google 03.02 AMC
Visa 04.02 BMO
Amazon 04.02 AMC
Alibaba 04.02 BMO
Twitter 09.02 BMO
Cisco 09.02
Disney 11.02 AMC
NVdia 17.02
Coca-Cola 18.02 BMO
Baidu 25.02
Slack 12.03
BMW 17.03 BMO
Oracle 18.03
Nike 25.03

Syarikat boleh menukar tarikh dan masa mereka mengeluarkan laporan. Oleh itu kami mengesyorkan anda untuk menyemak masa penerbitan dengan sendiri menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh yahoo.finance. Anda juga boleh bergantung pada maklumat yang anda akan terima daripada Olymp Trade melalui beberapa saluran.

 

Bagaimanakah Olymp Trade Akan Membuat Laporan tentang Earnings Season?

Pastikan anda menyemak inbox anda: setiap hari Jumaat, kami akan menghantar e-mel jadual laporan suku tahunan untuk minggu yang akan datang kepada anda – supaya anda boleh membuat persediaan terlebih dahulu untuk berdagang pada saham yang tertentu.

Platform dan aplikasi mudah alih juga akan menghantar pemberitahuan automatik kepada anda sehari sebelum laporan perolehan dikeluarkan. Musim perolehan merupakan sebab yang baik untuk menghidupkan pemberitahuan pada telefon pintar anda.

Jangan terlepas cerita kami. Anda akan melihat cadangan pakar terkini apabila anda log masuk ke platform, tetapi anda juga akan dapat mengakses semua cadangan tersebut melalui menu “Lagi”.

Selain itu, kami akan meliputi peristiwa dalam akaun rasmi kami di Facebook dan Instagram. Pastikan anda mengikuti mereka!

 

Penunjuk Laporan Penting

Seperti yang telah anda faham, laporan perolehan suku tahunan merupakan sebuah dokumen yang penting. Tetapi apakah penunjuk pertama yang patut diperhatikan oleh pedagang?

  • Perolehan setiap saham (EPS) merupakan ukuran perolehan setiap 1 saham. Ia dianggap sebagai penunjuk utama untuk prestasi suku tahunan sesuatu syarikat. Biasanya, syarikat kewangan besar menerbitkan ramalan sepersetujuan berdasarkan penunjuk ini. Sekiranya data sebenar lebih tinggi, permintaan untuk saham ini meningkat dengan ketara dan pedagang mendapat lebih banyak peluang untuk mendapat keuntungan daripada trend yang berjangka pendek tetapi kuat ini.
  • Hasil merupakan hasil yang diperoleh oleh sesebuah syarikat daripada jualan barangan atau perkhidmatan. Hasil menunjukkan bahawa syarikat tersebut boleh menjana aliran tunai. Syarikat-syarikat juga mengeluarkan ramalan sepersetujuan berdasarkan penunjuk ini.
  • Ramalan merupakan maklumat yang amat penting bagi pelabur. Pelan besar sesuatu syarikat untuk berkembang ke rantau baharu atau menjangkau petak pasaran baharu boleh menjana minat terhadap sahamnya.

Walaupun terdapat banyak lagi penunjuk ekonomi yang penting, anda patut peka terhadap konsep perdagangan asas ini semasa musim pelaporan: jangkaan pasaran selalunya dinyatakan dalam ramalan sepersetujuan. Sekiranya keputusan lebih tinggi, saham syarikat tersebut mempunyai peluang yang lebih baik untuk meningkat. Sekiranya mereka berada di bawah jangkaan, harga saham mungkin jatuh.

Adakah anda ingin ketahui lebih mengenai perdagangan saham dan penunjuk asas syarikat? Baca lebih lanjut di blog kami. 

 

Bagaimana untuk Berdagang di Olymp Trade semasa Earnings Season?

Cara pertama adalah dengan menggunakan cadangan yang kami sediakan khas untuk anda. Dalam kes ini, adalah penting untuk menerima e-mel dan pemberitahuan lain daripada Olymp Trade.

Cara kedua adalah untuk membandingkan ramalan dan data sebenar dengan sendiri. Tiada apa-apa yang susah tentangnya. Tambahan pula, anda baru sahaja belajar tentang penunjuk utama dalam laporan dan kini anda tahu perkara yang perlu difokuskan dahulu.


Pedagang yang berjaya harus menguasai lebih daripada analisis teknikal semata-mata. Bertindak dengan betul semasa musim perolehan merupakan kemahiran penting yang boleh anda tingkatkan di platform Olymp Trade. Semoga maju jaya!

Related posts
Manajemen Uang

Diari Pelabur

Sekiranya anda merekod setiap urus niaga dalam jurnal, dalam seminggu atau dua anda tidak hanya mengingati perasaan dan emosi anda, anda juga akan melihat langkah-langkah yang...
Blog rasmi Olymp Trade