Berita Jenama

Olymp Trade Membantu Melawan Kelaparan di India

Olymp Trade membantu warga Delhi dan Mumbai menghadapi krisis makanan


Pada Ogos 2021, Olymp Trade bekerjasama dengan Akshaya Patra Foundation untuk menjalankan kempen amal baharu di India. Bersama-sama, mereka mengedarkan makanan kepada ribuan orang untuk membantu mereka mengelak kebuluran.

Sejak bermulanya pandemik Covid-19, puluhan juga warga India kehilangan kerja mereka — dan satu-satunya sumber pendapatan. Dipaksa duduk di rumah sepanjang perintah berkurung nasional, ramai pencari nafkah tidak dapat menanggung keluarga mereka. Ia juga sukar untuk mencari kerja rencam, kerana tindakan berulang-alik dan rangkaian meningkatkan risiko untuk dijangkiti penyakit ini dan membawanya pulang ke rumah. Dan, seandainya keadaan bukan cukup teruk, wabak virus mengganggu rantai bekalan, menyebabkan kenaikan harga makanan dan memaksa penjual makanan untuk menutup gerai.

Akibat itu, sebilangan besar isi rumah India menghadapi kemudaratan malnutrisi. Untuk golongan yang paling terjejas, krisi makanan adalah lebih teruk daripada wabak virus yang mencetuskannya. Tanpa dikatakan lagi, keluarga berpendapatan rendah dengan ramai anak kecil dan tiada simpanan kecemasan menerima tamparan terbesar.

 

Olymp Trade Bekerjasama dengan Yayasan Akshaya Patra Foundation

Pasukan Olymp Trade mempunyai pengalaman tentang kesan teruk yang disebabkan oleh pandemik atau bencana alam yang lain. Platform perdagangan kami pernah menganjurkan beberapa misi amal di beberapa negara, termasuk India. Berkali-kali, kami mempunyai peluang nyata untuk melihat bagaimana bencana seperti ini mendorong menguji daya ketahanan seseorang dan bagaimana sokongan daripada orang lain memberi mereka harapan untuk berterusan.

Untuk misi baharu ini, Olymp Trade telah bekerjasama dengan Yayasan Akshaya Patra, NGO terkenal yang beroperasi dengan telus dan menerima sokongan daripada pihak kerajaan India dan organisasi yang berkaitan. Ia juga menerima derma daripada korporat dan individu.


 

Mengapa Akshaya Patra?

Selama lebih 20 tahun. Akshaya Patra memberi tumpuan kepada penyediaan makanan panas kepada orang yang kurang bernasib baik. Matlamatnya adalah untuk menyokong kesihatan fizikal dan intelektual, sebahagian besar ini bergantung pada nutrisi pemakanan. Ia perkara pertama yang harus dilakukan sekiranya ingin membantu seseorang melepaskan diri daripada kemiskinan dan memberi mereka peluang hidup yang lebih baik.

Tidak ada yang lebih sesuai dengan visi Olymp Trade sendiri. Kami sentiasa melihat peningkatan diri dan pendidikan sebagai kunci kepada kemakmuran. Namun demikian, kami sedar bahawa jalan ke arah kejayaan bermula hanya apabila keperluan makanan asas dan perumahan dipenuhi.
Apabila bencana melanda, keperluan asas ini menjadi fokus agenda amal global. Bermula dari Mac 2020, Yayasan Akshaya Patra menyalurkan sumbernya untuk menawarkan bantuan makanan kepada warga yang kelaparan di seluruh negara.

Oleh itu, pasukan Olymp Trade telah menghubungi Akshaya Patra untuk berkongsi beban kerja mereka.

 

Menyediakan Hidangan Panas di Mumbai dan Delhi

Pada Ogos 2021, Olymp Trade dan Akshaya Patra memutuskan untuk menumpukan usaha sama di kawasan Delhi dan Mumbai. Di sini, ribuan orang menghadapi kelaparan selepas kehilangan peluang untuk menjana pendapatan. Malah keluarga kelas pertengahan juga beratur untuk menerima sumbangan percuma. Bagi buruh migran, penerima gaji harian dan gelandangan, mencari sesuatu untuk makan menjadi kebimbangan utama setiap hari.

Bersama-sama, Olymp Trade dan Akshaya Patra mendirikan dapur jalanan, setiap satu membuat dan menghidangkan ratusan pek makanan setiap hari. Bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan memasak di rumah, ketiadaan akses kepada makanan murah atau tiada wang, sajian tengah hari yang panas merupakan hal kelangsungan hidup.

Mujurnya, Akshaya Patra mempunyai pengalaman luas dengan dapur jalanan. Kemudahan ini berjaya digunakan semasa misi bantuan, pasukan kami sentiasa cuba menyediakan makanan yang paling lazat dan sihat. Kali ini, menu kecemasan merangkumi makanan hidangan seperti sabji dan khichri yang dihasilkan dengan sayur campuran, nasi dan dhaal.

Di kedua-dua bandar itu, lebih 9,550 makanan panas dihidangkan dan mengenyangkan perut yang lapar.

 

Pengedaran Kit Keluarga

Bagi mereka yang masih mampu memasak untuk diri sendiri, pasukan Olymp Trade/Akshaya mengaturkan pengedaran kit keluarga. Ini mengandungi bahan-bahan runcit seperti beras, rempah, gula, dhaal, tepung dan keperluan asas lain. Bahan-bahan ini dipilih supaya sesuai dengan cita rasa tempatan.

Pengedaran ini sangat popular, kerana setiap pakej cukup untuk menampung empat ahli keluarga sepanjang 15 hari. Secara keseluruhan, kami mengedarkan 500 kit di kedua-dua bandar, bermaksud 2,000 dewasa dan kanak-kanak dapat menikmati sekurang-kurangnya dua kali makan untuk lebih daripada 2 minggu.

 

Ringkasan Misi

Kelaparan masih satu daripada masalah yang paling mustahak di dunia, dan pandemik ini menjadikan keadaan lagi teruk. Pada masa ini, ramai yang tidak dapat mengisi perut, mana-mana perniagaan yang berjaya harus menawarkan segala bantuan yang mampu diberikan.


Wakil Olymp Trade:
“Salah satu kelebihan utama pasukan Olymp Trade adalah sifat responsif. Pelanggan kami tahu yang kami sentiasa bersedia untuk memberi bantuan sekiranya anda mempunyai sebarang kekhuatiran atau pertanyaan.

Kami percaya pendekatan ini tidak harus terhad kepada sokongan pelanggan. Pada zaman ini, ramai yang menghadapi krisis kelaparan, dan kami menganggap ia kewajipan kami untuk menyediakan makanan. Ini mungkin satu penyelesaian jangka pendek, tetapi inilah yang diperlukan oleh perut yang kelaparan.”


Seperti biasa, tiada cara yang lebih baik untuk meringkaskan misi kami dengan penghargaan kepada rakan niaga kami.


Sreedhar Kr, Pengurus Besar (Kewangan) di Akshaya Patra Foundation:

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Olymp Trade atas sokongan mereka terhadap program bantuan Covid-19.
Kami telah memanfaatkan hasil derma untuk mengedarkan 9,555 makanan panas dan 500 kit barang runcit kepada golongan yang memerlukan dan individu serta keluarga miskin, termasuk penerima gaji harian, pekerja migran, penganggur dan tanggungan semasa Ogos 2021.

Kami berharap kerjasama ini akan berterusan.

Terima kasih!”


Pasukan Olymp Trade gembira untuk satu lagi misi amal yang berjaya dan mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan niaga kami di India atas sumbangan mereka.

Related posts
Berita Jenama

Olymp Trade Bantu Melawan Covid-19

Pasukan Olymp Trade meneruskan program amalnya. Semasa sambutan perayaan Ganesh Chaturthi, beratus-ratus keluarga India yang miskin telah menerima hadiah yang berguna: bantuan...