Gaya Hidup

Olymp Trade: Membuat Dunia Menjadi Tempat yang Lebih Baik

Nhà môi giới toàn cầu giúp đỡ những người có nhu cầu


Olymp Trade, sebuah platform perdagangan dalam talian peringkat tertinggi, terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran. Sebab di sebalik pertumbuhan yang stabil ini adalah jelas: kami menyediakan persekitaran perdagangan sokongan dan peluang menjana keuntungan yang amat baik kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia. Kepercayaan asas kami adalah bahawa semua orang, tanpa kira latar belakang sosial dan kedudukan ekonomi mereka, mempunyai hak untuk menjalani kehidupan yang baik.

Misi Olymp Trade adalah untuk membuatkan orang sedar tentang hak ini. Pendekatannya bergantung pada situasi. Kadang-kadang jalan yang kami ambil adalah lurus dan terus: apabila bencana melanda, kami menghantar sumber fizikal kepada orang yang memerlukannya ー dengan pantas dan tanpa syarat.

Dalam keadaan biasa, kami berusaha untuk mewujudkan keadaan untuk pertumbuhan dan kejayaan yang lestari. Selain itu, Olymp Trade melabur dalam program untuk membantu orang yang kurang bernasib baik untuk mendapatkan akses kepada kesihatan asas, pendidikan berkualiti dan barang keperluan yang lain.

 

Olymp Trade: Tanggungjawab Sosial

Olymp Trade memasuki pasaran pada tahun 2014. Kebolehpercayaan kami disahkan oleh keahlian kategori A dalam Suruhanjaya Kewangan Antarabangsa, yang memberikan jaminan tambahan kepada pelanggan.

Pengiktirafan oleh pihak berkuasa dan anugerah pameran perdagangan adalah penting, tetapi ia bukan segala-galanya. Di Olymp Trade, kami percaya bahawa perniagaan yang berjaya tidak harus hanya wujud demi manfaat dirinya. Untuk membuktikan kata-kata kami, kami merancang untuk menggunakan sebahagian dana kami untuk membawa perubahan yang positif kepada komuniti tempatan.

Pertama, kami akan terus memberikan sokongan cemas selepas bencana sekiranya banjir, siklon atau kemarau menyebabkan orang kehilangan tempat perlindungan dan makanan. Bersama dengan rakan kongsi tempatan kami, kami telah mengumpulkan, menghantar dan mengagihkan banyak pakej kecemasan kepada rumah tangga yang terpengaruh. Mujur rakan-rakan kami yang tangkas amat cekap apabila perkara harus dilakukan dengan pantas di bawah keadaan yang tidak stabil.

Dari segi yang lain pula, kami faham akan kepentingan untuk bersikap proaktif dan konsisten. Oleh itu, Olymp Trade akan terus bekerjasama dengan organisasi kemanusiaan untuk menganjurkan kempen kesihatan sosial, pendidikan dan kesedaran. Misi rutin ini kelihatan kurang hebat, tetapi misi-misi tersebut lebih berstruktur dan boleh memperbaik kehidupan pada tahap komuniti.

Kami percaya bahawa pendekatan dua hala ini akan membuat dunia ini menjadi tempat yang lebih baik. Berikut merupakan beberapa contoh projek Olymp Trade yang telah disempurnakan setakat ini.

 

🇮🇩 Indonesia: Misi Sokongan Pandemik

Penduduk Indonesia yang kurang mampu dari segi ekonomi merupakan antara kalangan yang paling terpengaruh dalam pandemik COVID-19.

Pada bulan Mei tahun 2020, pasukan Olmyp Trade telah bekerjasama dengan Yayasan Rumah Zakat untuk menghantar pakej bantuan ke Jakarta, Surabaya, Bandung, Bogor, Bekasi, Depok, Solo (Surakarta), dan Tangerang. Ramai penduduk, termasuk keluarga yang terpengaruh dalam pandemik, telah menerima bekalan makanan yang membantu mereka mengharungi masa yang susah.

 

🇮🇳 India: Misi Perayaan Ganesha Chaturthi

Pandemik COVID-19 telah meletakkan sistem perlindungan kesihatan dan sosial India di bawah tekanan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kategori rakyat yang paling bawah terus bergelut untuk meneruskan hidup.

Untuk membantu orang ini, Olymp Trade telah bekerjasama dengan Smile Foundation yang terkenal di persada dunia. Bersama-sama, kami telah mengadakan acara amal bersama di Chennai, ibu kota negeri Tamil Nadu. Ramai keluarga yang berpendapatan rendah telah menerima pakej bantuan dengan makanan yang mencukupi untuk mengenyangkan sebuah keluarga yang mempunyai lima orang selama sebulan. Pakej bantuan ini juga mengandungi produk kebersihan yang amat penting semasa pandemik.

Secara tepatnya, misi ini telah dirancang supaya bertepatan dengan perayaan Ganesh Chaturthi. Ganesh, salah satu dewa yang paling banyak disembah di India, dikaitkan dengan kemurahan hati dan kemakmuran.

Image 5

 

🇻🇳 Vietnam: Membantu Mangsa Banjir

Vietnam, sudah pun terpengaruh oleh akibat pandemik, ditimpa lagi ribut hujan teruk yang dibawa oleh siklon tropika pada bulan Oktober dan November tahun 2020. Keadaan ini telah membawa banjir dan tanah runtuh yang teruk, menyebabkan ratusan ribu orang kehilangan rumah, tanaman dan bekalan makanan.

Dalam masa yang singkat, pasukan Olymp Trade telah memberikan bantuan kemanusiaan kepada ramai penduduk Vietnam. Pada 28ー29 November, beberapa acara amal telah dianjurkan untuk menghantar bantuan kecemasan ke Hai Lang. Pakej bantuan tersebut mengandungi makanan dan peralatan sekolah untuk kanak-kanak supaya mereka dapat meneruskan pendidikan.

 

🇮🇩 Indonesia: Menghantar Bantuan ke Kalimantan Selatan

Pada permulaan tahun 2021, Indonesia telah dilanda oleh beberapa bencana alam, termasuk banjir besar. Salah satu tempat yang paling teruk dilanda bencana ialah Kalimantan Selatan, iaitu sebuah negeri di bahagian tenggara Borneo. Hujan lebat dan banjir berikutan itu telah menenggelami 3,500 rumah dan lebih 11,500 penduduk menjadi mangsa.

Dengan kerjasama dengan DT Peduli, sebuah NPO tempatan yang bereputasi tinggi, Olymp Trade telah menghantar pakej bantuan ke khemah perlindungan sementara di Handil Babirik, yang kini ditinggal oleh banyak keluarga yang kehilangan tempat kediaman. Selain snek dan makanan ruji, pakej ini mengandungi produk penjagaan diri, air minuman, selimut dan bekalan sekolah. Keluarga yang mempunyai bayi juga menerima susu formula bayi dan kain lampin demi kegunaan penjagaan bayi.

Indonesia: Menghantar Bantuan ke Kalimantan Selatan

Related posts
Gaya Hidup

Olymp Trade Bantu Melawan Covid-19

Pasukan Olymp Trade meneruskan program amalnya. Semasa sambutan perayaan Ganesh Chaturthi, beratus-ratus keluarga India yang miskin telah menerima hadiah yang berguna: bantuan...
Gaya Hidup

Inflasi Gaya Hidup

Keadaan apabila pendapatan seseorang meningkat kemudian diikuti dengan peningkatan perbelanjaan adalah perkara biasa. Kami membazir wang untuk membeli perkara yang tidak kami...
Gaya Hidup

Lihat Dunia dan Muhasabah Diri. Bahagian ll

Dalam artikel sebelumnya kami membincangkan tentang tempat di mana anda tidak hanya dapat berehat tetapi juga berasa hidup semula dan memupuk semangat untuk pencapaian baru. Hari...
Blog rasmi Olymp Trade