Analisis Teknikal

Panduan Pedagang untuk Berdagang dengan Garisan Trend

Cara Menggunakan Trend, Garisan Menegak, Mendatar dan Banyak Lagi di Olymp Trade


Garisan trend adalah alat perdagangan serba guna tetapi sering kali disalah faham atau diabaikan. Ia berguna untuk Forex dan Fixed Time Trades. Gabungan garisan berlainan membantu pedagang memanfaatkan trend pasaran dengan kejituan untuk meningkatkan keuntungan dagangan mereka.

Walaupun garisan ini mudah, ia kerap disalahgunakan, menyebabkan pedagang membuat keputusan yang merugikan. Biasanya digunakan dengan tahap sokongan dan rintangan: diwakili oleh garisan mendatar, untuk membentuk kawasan minat, garisan ini membawa penjelasan kepada tindakan harga aset.

Walaupun mudah digunakan, pedagang sering menghasilkan carta yang kelihatan seperti ini, dipenuhi begitu banyak garisan yang tidak dapat ditafsirkan.

 

Apa itu Garisan Trend (Trendlines)?

Garisan Trend ialah garisan Sokongan dan Rintangan yang menyerong. Ia mengukur harga pergerakan aset dari kedua-dua arah. Analisis Teknikal menggunakan garisan trend untuk menentukan trend dan kekuatan trend dengan cepat. Terdapat dua jenis garisan trend:

  1. Garisan Trend Bullish – Garisan Trend Menaik Ke Atas

Apabila harga terus meningkat, tinggi dan rendah bertahap tinggi dihasilkan, trend bullish akan terbentuk. Garisan trend Bullish ditetapkan di bawah tindakan harga, bertindak seperti itu pada tahap sokongan menaik ke atas yang menghubungkan bahagian bawah sekurang-kurangnya dua lilin. Garisan ini membantu menentukan tekanan pembelian menaik yang mengawal pasaran.

  1. Garisan Trend Bearish – Garisan Trend Menurun Ke Bawah

Harga terus jatuh, mencipta tahap tinggi dan rendah yang lebih rendah dan membentuk aliran menurun. Garisan trend Bearish ditetapkan di atas pergerakan harga, bertindak hampir seperti tahap rintangan yang condong. Sambungan ketinggian dua lilin menentukan haluan garisan tersebut. Kawasan yang terbentuk daripada garisan ini mewakili tekanan jual yang menurun ke bawah yang mengawal pasaran.

Lebih banyak lilin yang menyentuh garisan trend semakin kuat trend tersebut. Apabila digabungkan dengan strategi perdagangan, ia dapat memberikan isyarat perdagangan yang boleh dipercayai.

 

Apa Itu Tahap Sokongan & Rintangan?

Garisan sokongan dan rintangan mengenalpasti kawasan penting pada carta. Tahap ini boleh diwakili oleh garisan mendatar atau menyerong.

Sokongan

Garisan sokongan menunjukkan harga terendah yang pasaran diterima pasaran sebelum pembeli menyebabkan kenaikan harga.

Resistance

Garisan rintangan menunjukkan harga tertinggi pasaran akan terima sebelum kemasukan pembeli yang berkemungkinan tinggi menjatuhkan harga.

Garisan ini membantu pedagang memahami aliran pasaran. Garisan sokongan dan rintangan yang mendatar membantu pedagang mengenal pasti harga tertinggi dan terendah yang diterima oleh pasaran. Apabila garisan ini terbentuk, pedagang sering kali membuat arahan jual pada ketinggian sebelumnya (tahap rintangan), dan pembeli melakukan tindakan sebaliknya pada tahap sokongan (rendah sebelumnya).

Garisan trend biasanya merupakan garisan sokongan dan rintangan, dan istilah ini boleh ditukar ganti.

 

Bagaimana Garisan Trend Berfungsi?

Pada dasarnya ia adalah garisan sokongan dan rintangan yang menyerong, ia menunjukkan “trend” tekanan pembelian. Berbeza seperti tahap sokongan dan rintangan mendatar, garisan trend menunjukkan kekuatan pembeli dalam pasaran dengan menyambungkan titik tertinggi dan terendah dalam trend seterusnya mendedahkan bila harga berkemungkinan bergerak mengikut atau melawan trend.

 

Melukis Garisan Trend – Cara Betul

Sama ada anda ingin melukis garisan trend mendatar atau menyerong, berikut adalah langkah-langkah untuk memastikan garisan dilukis dengan betul.

  1. Tumpukan pada titik ayunan terbesar – perubahan kecil tidak penting.
  2. Sambungkan sekurang-kurangnya dua titik ayunan yang utama – Lebih banyak titik bersambung memberikan ketepatan lebih tinggi.
  3. Laraskan garisan untuk mendapat sentuhan paling banyak – sama ada batang atau sumbu lilin.

Inilah contohnya:

Anda boleh melukis dua Garisan Trend selari untuk menentukan kawasan pada carta anda. Dalam contoh ini, garisan kedua ialah tahap rintangan untuk saluran yang mana aset diperdagangkan sebelum pencetusan aliran menaik yang lebih kuat.

Harga menguji tahap ini sebanyak empat kali sebelum menembusinya.

Tidak seperti garisan mendatar, garisan trend Sokongan dan Rintangan perlu dilaraskan. Itulah sebabnya terdapat dua cerun yang berbeza pada carta di atas.

Pelarasan boleh dibuat untuk mana-mana arah, dan trend dapat meningkatkan momentum yang membawa kepada lilin yang lebih panjang dan kenaikan yang lebih curam.

Harga boleh menembusi garisan trend dan kembali kepadanya. Trend boleh membalik atau menjadi lebih kuat, dan garisan ini membantu pedagang melihat hasil yang mungkin berlaku.

Garisan trend bukanlah objek tetap pada carta, ia boleh berubah atau diperkukuhkan. Ia adalah suatu alat, bukan jaminan.

 

Garisan Menegak

Ini bukan garisan trend tetapi sangat berguna semasa berdagang. Ia membantu menandakan jarak waktu, membolehkan pedagang mencari corak berbeza dalam jarak waktu tersebut, untuk menandakan titik perubahan dalam trend atau berita penting pada carta.

 

Lebih Sekadar Garisan – Kawasan Minat

Sebarang garisan sokongan, rintangan atau trend bukan sahaja satu garisan tetapi kawasan. Semasa menghasilkan garisan trend, sentiasa ada bahagian lilin yang menjangkaui garisan ini. Ia dapat membantu menentukan julat Kawasan Minat.

Kawasan ini membantu pedagang menentukan bila tindakan harga mungkin berlaku. Kawasan Minat ini juga digunakan dalam strategi perdagangan sebagai titik masuk dan keluar untuk dagangan. Pemahaman psikologi perdagangan ini mampu memberi kelebihan kepada pedagang.

Ingat yang senarai penuh alat untuk melukis garisan trend dan unsur lain analisis carta boleh dijumpai di bahagian “Penunjuk” di platform Olymp Trade.

 

Cara Menggunakan Garisan Trend

Garisan trend boleh memberikan lebih banyak maklumat daripada hanya sama ada trend menaik atau menurun. Pelarasan dan lukisan garisan trend baharu memboleh pedagang melihat perubahan trend dari masa ke masa.

Jika garisan trend mula mendatar, trend berkemungkinan bergerak ke dalam satu saluran. Gunakan tahap sokongan dan rintangan untuk menjejak julat dan bersedia untuk penembusan yang bakal berlaku.

Jika garisan trend semakin condong, trend menjadi semakin kuat; atau dalam kes peningkatan parabolik (amat condong), aset mungkin bakal menghadapi klimaks pembelian.

Perhatikan keadaan pasaran yang berubah dan laraskan strategi perdagangan anda sebagaimana sesuai. Perdagangan dengan cara yang sama dalam semua keadaan pasaran boleh menyebabkan kerugian.

 

Berdagang Dengan Garisan Trend – Strategi Mudah

Garisan Trend boleh digunakan untuk menentukan pencetusan titik masuk dan titik keluar. Strategi mudah ini menggunakan gabungan garisan trend mendatar dan menyerong.

Peluang perdagangan yang terbaik adalah berhampiran garisan trend.

Cari trend dan tetapkan garisan trend menyerong.

Tetapkan tahap Sokongan dan Rintangan mendatar.

Titik di mana garisan trend menyerong dan garisan mendatar bersilang dipanggil Kawasan Minat. Kebarangkalian pergerakan besar adalah mungkin pada ketika ini.

Apabila harga menyentuh persilangan ini, pembeli atau penjual sering bersedia untuk membuat perubahan besar.

Harga biasanya bergerak dengan agresif mengikut trend.

Dalam petikan skrin di bawah, garisan mendatar menghasilkan sempadan untuk saluran harga sebelum sebut harga melonjak.

Harga menguji garisan rintangan empat kali sebelum menembusi kali kelima. Penembusan ini menunjukkan kekuatan trend yang akan datang, kerana harga melepasi tahap rintangan dua kali sebelum itu. Digabungkan dengan tahap rendah yang lebih tinggi yang hanya melepasi sedikit garisan trend yang menaik ke atas menandakan penguatan aliran menaik.


Penutup

Garisan trend adalah alat yang mudah tetapi berkuasa dalam poket pedagang. Cartakan trend, tentukan rintangan dan sokongan dan terokai kawasan minat selain pelbagai maklumat lain.

Gunakan dalam strategi perdagangan untuk membawa lebih ketepatan kepada analisis teknikal. Artikel ini tidak meliputi Fibonacci Levels atau Fans, kerana ini memerlukan artikel tersendiri.

Luangkan masa untuk berlatih dan memahami kegunaan penuh garisan-garisan ini.

Related posts
Analisis Teknikal

Indikator Perubahan Nilai

Indikator Perubahan Nilai (ROC) adalah satu rangkaian momentum. Indikator ini mengira peratusan perubahan harga untuk setiap tempoh. Petunjuk ROC boleh digunakan sebagai alat...