Analisis Teknikal

Penembusan Dalam Perdagangan

Penembusan dan Cara Terbaik Untuk Membuka Dagangan

Trading breakout’ atau penembusan perdagangan adalah penting kepada rutin seorang pedagang. Tidak salah untuk katakan bahawa pendekatan yang mahir terhadap breakout dagangan adalah kunci kepada hasil yang konsisten dalam mana-mana strategi perdagangan, mahupun dari segi scalping, perdagangan kedudukan dan perdagangan kasual harian.

Artikel ini menjelaskan ciri-ciri utama penembusan. Ia menyediakan alat visual untuk mengesannya, pelbagai pendekatan untuk berdagang dengannya dan garis panduan berguna untuk mengelak potensi salah tafsiran sekiranya berlaku penembusan palsu. Oleh itu, artikel ini mungkin sesuatu yang bernilai kepada mana-mana pedagang yang ingin menjadikan trading breakout lebih efektif, tepat dan menguntungkan.

 

Definisi dan Arah

Interaksi antara harga aset dan tahap rintangan atau sokongan adalah bahagian penting analisis teknikal.

Harga boleh melakukan dua perkara dengan tahap ini: memantul daripadanya atau menembusinya. Pemantulan berlaku lebih kerap. Penembusan pula adalah breakout.

Definisi jelas atau breakout merujuk kepada keadaan apabila harga menembusi tahap rintangan atau sokongan yang penting.

Seperti yang dinyatakan dalam definisi, breakout ini mungkin ‘bullish’, iaitu harga bergerak naik, atau ‘bearish’, iaitu harga bergerak turun.

 

Penyatuan Sebelum Penembusan

Satu perkara yang biasa berlaku sebelum penembusan ialah penyatuan yang mungkin menggambarkan bahawa pasaran sedang mendapat momentum sebelum memulakan pergerakan agresif. Sebab itu semakin lama penyatuan berlaku, semakin kuat penembusan yang bakal berlaku.

Carta harian tingkah laku harga emas pada tahun 2019 menunjukkan senario ini. Dari Julai hingga Ogos, harga mula tertumpu pada tahap garis dasar iaitu $1,400 sebelum membuat pergerakan arah naik yang agresif kepada $1,500.

Perlu dikatakan bahawa walaupun tahap rintangan penyatuan ini kekal stabil pada $1,430 sepanjang tempoh ini, tahap rendah beransur-ansur melebihi $1,400. Bagi pedagang yang peka, ini mencadangkan bahawa pergerakan berikutnya mungkin menaik.

Selain itu, di tengah-tengah penyatuan yang diperhatikan, terdapat dua hari apabila harga melepasi tahap rintangan $1,430 tetapi berbalik dengan cepat kepada saluran mendatar. Pergerakan singkat itu adalah contoh penembusan palsu, yang akan disentuh kemudian dalam artikel ini.

 

Dua Pendekatan untuk Mengesan Breakout

Terdapat pelbagai pendapat tentang apa yang sebenarnya harus tergolong sebagai breakout dan bila.

Satu daripadanya mencadangkan untuk melihat penembusan sebagai kes apabila harga bergerak melepasi maksimum atau minimum sebelumnya. Dalam kata lain, ia merentasi tahap tinggi atau rendah sebelumnya. Di sini, ekstrem lilin (mata bayangan lilin) dianggap sebagai tahap rintangan atau sokongan bertentangan dengan harga yang diperhatikan.

Satu lagi pandangan mungkin lebih berhati-hati. Ia mempertikai bahawa penting untuk menunggu sehingga harga menguji semula tahap dan bergerak melepasinya dalam kadar tertentu untuk menganggap penembusan itu sah. Ia membantu mengelak daripada terjatuh dalam “perangkap” breakout palsu.

 

Memerhatikan Penembusan

Penembusan Palsu dan Penembusan Sah

Pada carta Mingguan di bawah, kita melihat harga emas melangkah masuk zon melebihi $1,900.

Untuk pemerhati masa nyata, ini adalah amaran kemungkinan breakout yang akan datang.

Mengapa? Pertama, kerana $1,900 ialah tahap psikologi yang penting. Ia nombor bulat yang membuka pintu kepada zon tahap tertinggi yang menjangkau $2,000. Juga, tahap rintangan ini melantunkan harga ke bawah beberapa kali sebelum ia mencabarnya pada masa pemerhatian ditunjukkan pada carta.

Oleh itu, kes di bawah mungkin calon yang sempurna untuk penembusan yang jelas. Bagi seorang pedagang, ini mungkin bermaksud amaran tinggi untuk perhatikan dengan dekat. “Calon” ialah kata kunci di sini kerana kesilapan yang paling biasa berlaku dengan penembusan ialah menganggap kemungkinan sebagai fakta muktamad.

Sebagai langkah berjaga-jaga yang praktikal, para pedagang perlu ingat bahawa tiada satu penunjuk yang menjaminkan kita membuat tafsiran yang tepat tentang apa yang diperhatikan. Harga tidak semestinya melakukan apa yang dijangka, walaupun kita berjaya mentafsirkan pergerakan semasa.

Secara umum, pasaran akan melakukan apa sahaja. Harga boleh “menukar fikiran” pada bila-bila masa walaupun apabila breakout sedang terbentuk. Ini yang berlaku kes emas yang ditunjukkan di sini.

Apabila anda mentafsirkan garisan, harga emas akhirnya gagal melintasi $1,900. Ia adalah breakout palsu. Sehingga hari ini, ia berdagang di bawah harga rintangan itu.

Apa yang berlaku semasa tempoh pemerhatian hanyalah bermain-main dengan tahap rintangan utama iaitu $1,900 untuk sekejap dan mula mengalami kemerosotan. Anda boleh melihatnya pada carta di bawah.

Breakout yang sebenar adalah satu yang anda mungkin lihat tinjauan kembali kerana ia sudah berlaku. Pendekatan kedua untuk mengesahkan breakout yang dinyatakan dalam permulaan artikel ini mungkin dapat membantu.

Contohnya, pada carta di bawah, kita melihat harga emas menaik kepada $1,800 selepas melantun dari tahap bawah $1,700. Ia mula mencabar $1,800, kemudian menurun sedikit, dan melepasi tahap ini dengan lilin ‘bullish’ yang yakin. Ini adalah penembusan (breakout). Ia berkait dengan pendekatan cermat daripada harga pemantauan pertama, menguji semula tahap dan kemudian melihatnya melepasi tahap itu.

Pada carta harian emas di bawah, episod pertama pengujian semula datang terus selepas penembusan dari tahap rintangan $1,760. Yang kedua pula berlaku selepas ‘bull’s mendorong harga melepasi $1,815, dan harga turn kembali ke tahap itu. Kedua-duanya ditandakan sebagai anak panah merah yang mengikuti penembusan yang ditandakan hijau.

Cara untuk Mengelak Daripada Mempercayai Penembusan Palsu

Kes apabila harga nampaknya akan melintasi satu tahap tetapi tiba-tiba bertukar arah dipanggil breakout palsu.

Carta di bawah ini menunjukkan keadaan ini dengan baik. Di sini, penembusan palsu berlaku pada kira-kira tahap rintangan $1,430. Harga hanya sedikit melebihinya dan turun dengan cepat. Tingkah laku harga yang “tidak menentu” ini sering kali dipanggil “bermain-main” dengan satu tahap.

Biasanya, pedagang mengambil peristiwa itu sebagai tanda pasti untuk penembusan yang akan datang. Tetapi didapati salah. Bagaimana untuk mengelak daripada terpedaya?

Pertama, sahkan breakout dari segi masa. Berikan sedikit masa kepada harga untuk kukuh melebihi tahap yang baru ditembusi. Jangan terburu-buru untuk mengisytiharkan breakout sebenar. Jangan terlalu cepat membuka atau menutup kedudukan kerana itu. Berhati-hati tentang kemungkinan kebalikan.

Kedua, gunakan berbilang rangka masa. Platform Olymp Trade menawarkan rangka masa dari 15 saat hingga satu bulan. Rangka masa yang lebih lama mungkin berguna untuk menyemak jika penembusan yang diperhatikan antara hari mungkin relevan kepada zon rintangan atau sokongan strategik. Rangka masa yang lebih pendek mungkin berguna untuk menyemak dinamik pasaran jangka pendek dan mengesan kebalikan trend dengan memerhatikan pembentukan lilin yang berkenaan.

 

Penembusan dan Pengujian Semula Tahap

Biasanya penembusan tahap diikuti dengan pengujian semula tahap. Ini bermaksud selepas menembusi tahap rintangn atau sokongan, harga biasanya kembali kepadanya dari arah bertentangan sebelum kembali kepada arah penembusan.

Lebih tepat lagi, selepas dorongan bullish yang yakin, sering kali berlaku pembetulan ke arah bawah. Begitu juga, selepas kemerosotan terdapat sekurang-kurangnya sedikit pergerakan bullish yang kembali.

Ramai pedagang membuka kedudukan tepat pada masa ini, apabila harga menguji semula tahap selepas menembusinya.

Contohnya, pada carta harga emas 10 minit di bawah, penembusan tahap rintangan $1,900 berhenti pada $1,905. Selepas mencapainya, momentum bullish mula pudar, dan harga bergerak kepada penyatuan sisi ke sisi pada $1,905.

Untuk pemerhati masa nyata, terdapat dua kemungkinan. Pertama, pembetulan bearish kembali kepada $1,900 mungkin bakal berlaku. Ini adalah pengujian semula tahap, dan mungkin satu peluang untuk membuka kedudukan seperti yang dilakukan oleh ramai yang lain.

Secara alternatif, ia juga mungkin masa rehat untuk bulls sebelum satu lagi dorongan ke atas. Penunjuk teknikal dan jangka masa yang lebih pendek mungkin menyediakan lebih banyak input untuk pertimbangkan dua senario ini.

 

Kesimpulan

Penembusan adalah sesuatu yang biasa berlaku dalam carta harga. Ia sering didahului dengan tempoh penyatuan diikuti dengan pengujian semula tahap. Kemungkinan penembusan palsu juga satu risiko yang sentiasa ada.

Walau apa pun, terdapat beberapa cara untuk meningkatkan kualiti keputusan anda semasa memperdagangkan penembusan. Kaedah utama ialah untuk tunggu sehingga harga mengesahkan penembusan dan jangan terburu-buru apabila ia baru dibentuk. Oleh itu, pemerhatian dan kesabaran adalah penting.


Pasukan Olymp Trade sentiasa sedia membantu mempertingkatkan perdagangan anda. Anda di sentiasa dijemput untuk mengunjungi Pusat Bantuan untuk kemukakan sebarang pertanyaan anda.

Related posts
Analisis Fundamental

Tiga Senario Pasaran Kewangan

Dalam beberapa tahun akan datang, apa yang menantikan pasaran global: resesi global, kemerosotan beransur atau pertumbuhan yang berterusan? Pakar daripada Olymp Trade menganalisa...