Forex

Pengurusan Risiko dalam Forex: Peraturan dan Cadangan Asas

5 Peraturan Pengurusan Risiko Teratas dalam Forex


Pedagang senior akan mengatakan bahawa tiada kemungkinan untuk membina kerjaya yang berjaya tanpa pengurusan risiko. Tidak kira tempoh dagangan anda, dagangan itu perlu mematuhi peraturan yang tidak boleh dilanggar.

Tetapi apakah nilai sebenar pengurusan risiko? Apakah cadangan asas yang boleh digunakan oleh setiap pedagang? Anda boleh mendapatkan jawapan bagi soalan ini dan soalan yang lain dalam artikel ini.

 

Apakah Pengurusan Risiko?

Pengurusan Risiko merupakan proses menguruskan risiko untuk mengurangkan kemungkinan hasil negatif atau untuk mengurangkan kerugian. Semakan tambahan isyarat strategi atau penggunaan Stop Loss boleh dipanggil pengurusan risiko.

Anda tidak boleh berdagang di Forex dengan peraturan sendiri tanpa mengikut peraturan pengurusan risiko. Risiko pasaran dapat mengesan kelalaian pedagang dan akan mula menghentam mereka, yang berkemungkinan besar akan menyebabkan kerugian sepenuhnya.

 

Bagaimanakah Pedagang Memperoleh Keuntungan daripada Pengurusan Risiko?

Ketidaktentuan Dikurangkan

Jika risiko anda berada bawah kawalan harian yang ketat, yakinlah yang keputusan negatif tidak akan melebihi jumlah yang telah ditentukan terlebih dahulu. Sebagai contoh, pedagang Forex jarang menetapkan had risiko harian melebihi 1-5%.

Pedagang seperti ini mempunyai antara 20 hingga 100 sesi perdagangan yang boleh dibeli untuk menangkap trend yang menguntungkan. Pedagang selalunya akan membuat satu dagangan “emas” selepas satu siri dagangan yang rugi dan dagangan ini akan mengimbangi semua keputusan negatif dan membawa keuntungan kepada pedagang itu.

Kecekapan Ditingkatkan

Pengurusan risiko adalah tentang penyimpanan rekod perdagangan anda. Semakin banyak perhatian yang diberikan kepada analisis keputusan, semakin banyak peluang yang anda ada untuk memperbaiki strategi perdagangan anda. Seseorang boleh mendapat lebih banyak pandangan daripada 10 dagangan yang berkualiti dan berasas berbanding dengan 1000 dagangan yang beremosi dan tidak berasas.

Peraturan ini bukan hanya berlaku pada titik masuk dan titik keluar. Seseorang patut menganalisis:

  • Saiz kedudukan
  • Nilai pengganda (leveraj)
  • Panduan untuk menentukan masa yang tepat untuk meningkatkan kedudukan atau mengurangkan volum
  • Jumlah bayaran untuk membuka dagangan atau susut nilai juga boleh dipertimbangkan jika seseorang lebih suka scalping.

Maklumat ini akan membantu anda memperbaiki sistem perdagangan, yang seterusnya akan mempengaruhi keputusan kewangan. Anda juga dapat mempelajari cara untuk merancang dagangan anda. Log jurnal perdagangan akan membantu anda membangunkan tabiat membuat analisis dan catatan.

 

5 Peraturan Pengurusan Risiko Teratas untuk Berdagang di Forex

Penyediaan sistem pengurusan risiko asas mudah untuk dilakukan. Hanya ikut 5 peraturan ini. Anda boleh mengemas kini atau menambah peraturan baharu pada masa yang sesuai.

Peraturan satu: tentukan jumlah dagangan (lot)

Katakan anda mempunyai $1,000. Berapakah jumlah yang boleh anda laburkan dalam satu dagangan jika kerugian harian dihadkan pada $50 (5%) dan nilai Stop Loss ialah 10% untuk setiap dagangan? Anda boleh mendapatkan jawapan dalam jadual di bawah.

Pengganda Jumlah dagangan Bayaran (nilai anggaran untuk EUR/USD) Nilai Stop Loss setiap dagangan (bayaran – Stop Loss – 10%) Bilangan dagangan dalam had
х500 100 -15 -25 2
х500 50 -7,5 -12,5 4
х500 25 -3,75 -6,25 8
х200 100 -6,8 -16,8 2
х200 50 -3,4 -8,4 5
х200 25 -1,7 -4,5 11
х100 100 -3,4 -13,4 3
х100 50 -1,7 -6,7 7
х100 25 -0,9 -3,4 14
х50 100 -1,7 -11,7 4
х50 50 -0,9 -5,9 8
х50 25 -0,45 -2,95 16

Contoh tiga jumlah pelaburan yang berbeza menunjukkan bahawa anda tidak boleh membuat lebih daripada 2 dagangan yang bernilai $100 setiap satu atau 1 dagangan yang bernilai $200 menggunakan pengganda x500 dalam had yang ditetapkan. Penyediaan jadual seperti ini ialah langkah yang terbaik untuk anda lakukan, yang berdasarkan sikap risiko anda dan jumlah wang dalam akaun anda.

Berikan perhatian kepada bilangan dagangan dalam had Sebagai contoh, jika anda melaburkan $100, anda hanya boleh membuat 2 dagangan menggunakan satu pengganda x500 dan x200. Walau bagaimanapun, potensi keuntungan pengganda yang pertama adalah 2.5 kali ganda lebih tinggi daripada pengganda x200. Anda rasa curiga?

Masalahnya, setiap dagangan mempunyai kos titik yang berbeza. Oleh itu, untuk dagangan EUR/USD yang dibuat dengan pengganda x500, kos titik akan bernilai $5 manakala jumlah dagangan yang sama dengan nilai pengganda x200 akan bernilai $2. Oleh itu, akan terdapat Stop Loss 5 mata (risiko dagangan $25/kos titik $5 = 5) semasa penggunaan pengganda x500. Jika anda menetapkan nilai x200, Stop Loss akan bernilai 12.5 mata. Hal ini bermaksud, dagangan yang dibuat menggunakan pengganda x200 mempunyai peluang yang lebih rendah untuk carta berkemungkinan mencetuskan Stop Loss secara tidak sengaja. Pengetahuan ini akan membantu anda memilih syarat yang optimum dalam keadaan yang berbeza.

Sebagai contoh, anda merancang untuk mendagangkan berita. Lonjakan harga yang kuat akan berlaku pada titik masa tertentu. Sebaik sahaja masa kemunculan dorongan tersebut diketahui, anda tidak perlu risau tentang kedudukan Stop Loss anda. Dan disebabkan perubahan harga yang mendadak dalam arah dagangan akan membawa keuntungan yang tinggi, anda dicadangkan untuk menggunakan pengganda x500 dan bukannya pengganda x200.

Pada masa yang sama, lebih baik untuk menggunakan pengganda x200 apabila berdagang intrahari untuk menjauhkan carta daripada Stop Loss.

Anda harus menyesuaikan pengiraan jumlah dagangan dengan keperluan strategi perdagangan. Sekiranya hanya 30% daripada isyarat yang diberikan oleh sistem adalah menguntungkan, lebih baik jika anda membuat beberapa percubaan.

Peraturan dua: jangan mendagangkan aset dengan korelasi tinggi

Peraturan ini mencadangkan keperluan untuk mengelakkan aset yang mempunyai dinamik harga yang saling menyalin. Jika anda seorang pedagang profesional, anda mungkin tidak akan nampak keadaan ini. Namun, pelabur pemula kadang-kadang tidak menyedari bahawa mereka terbeli aset yang sama semasa cuba untuk mempelbagaikan portfolio mereka.

Sebagai contoh, strategi perdagangan memberikan isyarat untuk menjual EUR/USD, EUR/JPY dan membeli EUR/CAD. Dagangan ini mempunyai arah yang berbeza, tetapi semuanya menandakan pengukuhan EUR. Portfolio demikian meningkatkan risiko pengalaman negatif dalam penggunaan strategi perdagangan.

Ingat: anda patut membuka 1 dagangan untuk menguji 1 idea perdagangan. Jika USD nampak kuat, tidak berbaloi untuk membeli USD berbanding dengan semua mata wang yang lain.

Peraturan tiga: gerakkan Stop Loss ke arah yang betul

Gerakkan Stop Loss hanya ke arah pengurangan risiko. Anda amat disyorkan agar tidak meningkatkan had kerugian. Tindakan demikian secara umumnya berkaitan dengan emosi manusia berbanding dengan peraturan pengurusan risiko atau strategi perdagangan.

Walau bagaimanapun, menggerakkan Stop Loss ke zon pulang modal merupakan langkah pertama ke arah perdagangan yang berjaya. Pedagang menggunakan Trailing Stop Loss, yang mengikut sebut harga pasaran semasa secara automatik.

Dengan MetaTrader 4, anda boleh menetapkan jarak antara Trailing Stop Loss dengan sebut harga. Setiap kali harga melebihi julat ini, pesanan akan semakin mendekati harga pasaran. Peraturan pengurusan risiko ini menyingkirkan kemungkinan satu kedudukan yang menguntungkan pada awalnya menjadi kedudukan yang rugi disebabkan prestasi pedagang yang cemerkap.

Peraturan empat: hadkan percubaan anda untuk mengikut beberapa idea perdagangan

Kita selalu akan menemukan keadaan strategi perdagangan yang memberikan isyarat untuk membuka dagangan. Tetapi apabila kami melakukan usaha untuk mengikut isyarat ini, akhirnya kita perlu membetulkan kerugian secara manual atau dagangan ditutup oleh Stop Loss.

Untuk mengelakkan kemuflisan, anda mesti menjalankan penilaian risiko tambahan dan ingat ketetapan yang berikut:

  • Bilangan percubaan setiap isyarat maksimum yang anda boleh buat (ingat juga semua had yang lain)
  • Peraturan untuk pembukaan kedudukan berulang. Anda tidak boleh membuka satu kedudukan selepas satu secara rawak. Anda patut menggunakan alat istimewa untuk menilai keadaan.

Sebagai contoh, anda mendapat satu isyarat dan membuat dagangan rugi pada rangka masa 15 minit. Lebih baik untuk menyemak isyarat tersebut pada rangka masa yang lebih tinggi pada 30 minit atau 1 jam sebelum membuka kedudukan yang lain. Jika isyarat strategi saling bercanggahan, penyelesaian terbaik adalah untuk mengelakkan daripada membuka kedudukan pada aset ini.

Peraturan lima: buat ujian sejarah untuk strategi anda

Peraturan asas untuk mana-mana jenis pengurusan risiko merupakan analisis sejarah strategi pengurusan. Anda patut menyemak pergerakan harga pada masa lalu untuk mana-mana strategi yang ingin anda gunakan. Kajian ini tidak akan mengambil masa yang panjang, tetapi keputusan kajian akan memperbaiki cadangan di atas. Lebih-lebih lagi, menganalisis data perdagangan sejarah akan menjimatkan wang anda.

Secara umumnya, proses penyediaan strategi untuk penggunaan lanjut boleh dibahagikan kepada beberapa tahap:

  1. Mengenali peraturan strategi
  2. Menggunakan dagangan pada data sejarah
  3. Berdagang dalam akaun demo
  4. Menguji strategi dalam akaun sebenar dengan jumlah minimum
  5. Menyelaraskan peraturan jika perlu
  6. Memanfaatkan strategi sepenuhnya

 

Bagaimanakah Seseorang Boleh Menguruskan Risiko dan Memperoleh Keuntungan di Forex dengan Cepat

Pengurusan risiko menetapkan had yang ketat untuk pelabur. Ia mungkin kelihatan seperti prospek untuk menjana keuntungan melalui berdagang akan ditangguhkan selama beberapa tahun jika anda mengikut peraturan ini. Tetapi ini tidak benar.

Pedagang Forex boleh menggunakan nilai pengganda (leveraj) yang tinggi. Nilai pengganda boleh mencapai x500 di platform Olymp Trade dan 1:400 bagi kebanyakan aset untuk MetaTrader 4.

Oleh itu, kemungkinan untuk meningkatkan deposit anda di Forex dengan cepat adalah tidak rendah sama sekali, dengan pilihan untuk membuat satu dagangan $1 yang akan bersamaan dengan pelaburan yang bernilai $500. Jika anda membuka satu dagangan panjang $1 pada AUD/CAD pada 0.90350 dan menutup dagangan dengan 40 mata lebih tinggi (pada 0.90750), pelaburan ini akan memberi anda keuntungan melebihi 200%.

Walau bagaimanapun, walaupun strategi perdagangan anda lemah, anda masih boleh menggunakan dua pendekatan perdagangan asas. Sila ambil perhatian bahawa kedua-dua mekanisme boleh dirujuk sebagai sistem pengurusan pelaburan berisiko tinggi.

 

Pempiramidan

Pendekatan yang agak baharu ini direka untuk perdagangan jangka sederhana. Pendekatan ini berdasarkan konsep peningkatan volum pelaburan secara beransur-ansur. Katakan anda telah menjual kedudukan AUD/NZD untuk $1400 pada 14 dan 15 November. Trend ini mengikut kehendak anda dan daripada menetapkan keuntungan, anda telah melaburkan $1000 lagi pada 25 November. Jika kadar pertukaran AUD/NZD menjadi 1.04000, anda akan memperoleh keuntungan melebihi $10,000.

Pempiramidan bertujuan untuk memperoleh keuntungan tinggi daripada perdagangan pada satu aset tunggal. Sudah tentu, rangka masa pelaburan mungkin berbeza, tetapi tempoh pelaburan yang dicadangkan bermula dari 1 minggu.

 

Sistem Pampasan Kerugian di Forex

Sistem pampasan Kerugian digunakan secara meluas dalam mod FTT di platform Olymp Trade. Menurut sistem ini, anda patut sekurang-kurangnya menggandakan jumlah dagangan setiap kali ramalan perdagangan anda salah untuk mengimbangi kerugian tersebut.

Pendekatan yang sama juga dikenakan pada perdagangan Forex. Sebagai contoh, anda boleh melaburkan $200 selepas membuat dagangan rugi $100 menggunakan pengganda x500 dan Stop Loss yang diletakkan pada $20. Walaupun anda hanya dapat memperoleh sedikit tarikan balik, sekurang-kurangnya anda boleh menebus kerugian $20 tersebut.


Seperti yang anda boleh faham, seni pengurusan risiko di Forex termasuklah mengurangkan kos, mencipta senarai peraturan yang ketat untuk membuka dagangan dan memantau dagangan, serta proses memperbaiki strategi secara berterusan.

Gunakan sekurang-kurangnya beberapa cadangan asas pada hari ini. Kesan positif akan ditunjukkan tidak lama lagi.

Related posts
Forex

Faktor-faktor Penting dalam Perdagangan Forex

Pasaran Forex dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Memahami apa yang mempengaruhi aset dalam Mod Forex Olymp Trade adalah penting untuk kejayaan perdagangan jangka panjang.
Forex

Perdagangan Pendek

Di platform kami, anda boleh pergi lakukan samada pendek atau panjang apabila berdagang dengan duit syiling digital.
Forex

Panduan FOREX Terbaik bagi Pemula I

Pasaran Forex boleh menjadi cara yang sangat baik bagi pelabur untuk berdagang secara menguntungkan dan berjuta-juta orang pelabur mengambil bahagian di dalamnya setiap hari....
Forex

Bilakah saya harus berdagang Forex?

Untuk mendapat keuntungan daripada perdagangan Forex, seseorang harus mengetahui peristiwa yang mempengaruhi pasaran kewangan global.
Blog rasmi Olymp Trade