Analisis Fundamental

Tiga Senario Pasaran Kewangan

Ulasan Pakar Analisis daripada Olymp Trade  


Belum ada kesefahaman tentang arah ekonomi global di masa depan. Terdapat beberapa pandangan yang berbeza tentang perkara ini. Kenaikan inflasi akhirnya akan menyebabkan bank pusat mengurangkan program stimulus kewangan mereka, yang pasti menjejaskan sebut harga. Mari kita lihat keadaan semasa dan bincangkan masa depan jangka pendek pasaran kewangan global.

Pendapat yang dinyatakan oleh agensi analisis dan pakar kewangan yang berlainan boleh disimpulkan kepada senario berikut yang mungkin berlaku kepada pasaran kewangan dalam beberapa tahun:

  1. Malapetaka: pasaran akhirnya merosot. Untuk pasaran AS, ini bermakna penurunan 40% atau 50%, cara yang sama Purata Perindustrian Dow Jones kehilangan nilainya semasa kemelesetan pasaran saham 2000-an dan krisis kewangan tahun 2007-2008.
  2. Kemerosotan beransur: indeks utama akan turun secara beransur-ansur sebanyak 20% hingga 30% dan meneruskan pertumbuhan.
  3. Senario optimistik: pasaran akan terus makmur tanpa sebarang pembetulan yang ketara.

Setiap satu daripada ramalan ini disokong oleh hujah yang kukuh, kami akan membincangkannya secara terperinci dan cuba merungkai mengapa dua senario pertama lebih mungkin berlaku berbanding senario ketiga.

 

Senario 1. Malapetaka

Prasyarat untuk pembetulan yang lebih lanjut sudah wujud. Pembetulan ini dapat mengurangkan nilai indeks negara maju sebanyak 40-50%. Indeks negara-negara membangun, secara tradisional, akan kehilangan nilai hingga 80%. Bagaimana ini boleh berlaku? Sebenarnya, mudah sahaja penerangannya: senario ini mungkin menjadi kenyataan sekiranya bank pusat negara maju enggan mengambil langkah sokongan ekonomi lebih lanjut yang diperlukan semasa pandemik.

George Cooper, seorang ahli ekonomi, telah menerangkan dengan jelas bagaimana ekonomi diatur dalam bukunya “The Origin of Financial Crises.” Dalam buku ini, beliau menerangkan proses menggunakan Eurofighter Typhoon sebagai contoh. Eurofighter Typhoon adalah pesawat tempur dengan reka bentuk yang tidak stabil secara aerodinamik. Ia dapat mengubah arah haluan penerbangannya dengan cepat. Walau bagaimanapun, ini menimbulkan kesulitan tertentu dalam mengendalikan pesawat, dan sistem elektronik pesawat pejuang ini sentiasa menyesuaikan permukaan kawalannya (‘sentiasa’ adalah kata kunci di sini). Dasar ekonomi sentiasa disesuaikan dengan cara yang sama untuk mengawal “penerbangan” ekonomi.

Pada krisis tahun 2019, terdapat penyimpangan proses ekonomi yang ketara dari norma. Pandemik mengganggu rantaian bekalan, menyebabkan pengurangan penggunaan dan peningkatan pengangguran dengan ketara. Sebilangan besar bank pusat melakukan perkara yang sama untuk menyesuaikan dengan keadaan: mereka mula mencetak wang. Bank-bank memotong kadar faedah utama dan menyuntik wang ke pasaran melalui program Quantitative Easing (QE).

Olymp Trade - USA - Three scenarios for financial markets 2021.10.01
Gambarajah 1 Bekalan Wang M1 AS

Suntikan wang tambahan membantu syarikat-syarikat bertahan dan menghalang mereka daripada muflis. Pasaran yang hampir runtuh juga berjaya bertahan. Terdapat had untuk segalanya – kadar inflasi di kebanyakan negara semakin tinggi, yang bermaksud bahawa pesawat ekonomi harus disesuaikan, iaitu proses penyuntikan wang murah ke dalam pasaran harus dihentikan. Akibatnya, bank pusat mesti mengurangkan program QE dan menaikkan kadarnya, yang akan membawa kepada implikasi berikut yang saling berkaitan:

  1. Kenaikan hasil bon kerajaan.
  2. Kejatuhan pasaran saham.
  3. Kenaikan harga USD.
  4. Kenaikan harga emas.

Dari segi pasaran saham, syarikat dengan beban hutang tinggi dan pegangan tinggi dalam syarikat berleveraj tinggi akan menerima hentaman yang paling teruk. Oleh kerana ini, berita tentang keingkaran syarikat korporat besar (seperti Evergrande dari China) akan jelas meninggalkan kesan.

Ambil Evergrande sebagai contoh. Ia menggambarkan tahap integrasi ekonomi dan ketakutan pelabur dengan paling tepat. Pada bulan September, peserta pasaran memberi perhatian kepada Evergrande, pengusaha hartanah terbesar di China. Syarikat ini mengumpul hutang berjumlah $305 bilion, tetapi ia tidak mempunyai wang. Nampaknya pasaran Eropah tidak terlibat dalam keadaan ini.

Pertama sekali, semua orang segera membuat analogi dengan kebankrapan Lehman Brothers pada tahun 2008 dan apa yang akhirnya menyebabkannya. Keperitan krisis gadai janji subprima belum reda, dan Evergrande, adalah gergasi harta tanah. Kedua, semua orang masih ingat bahawa dana lindung nilai AS BlackRock adalah pemberi pinjaman terbesar kepada syarikat China itu. Evergrande berhutang kira-kira $400 juta dengan mereka. Syarikat harta tanah China itu juga berhutang $275 juta kepada Swiss UBS Group, sekitar $200 juta kepada HSBC British, dan $430 juta kepada kumpulan Ashmore. Ketiga, salah satu sebab utamanya ialah pasaran mudah terkesan dengan berita negatif, yang kini lebih merupakan satu masalah psikologi daripada masalah ekonomi.

Oleh itu, kita dapat menyimpulkan bahawa pasaran sekarang akan bertindak balas terutamanya secara tajam terhadap apa sahaja. Memahami hal ini, bank pusat dan pengambil keputusan mereka akan berusaha melembutkan pukulan dengan segala cara yang mungkin, yang membuat kita berfikir tentang senario kedua yang mungkin berlaku.

 

Senario 2. Penurunan Beransur

Berikan perhatian kepada retorik ketua bank pusat. Pendek kata, ini yang mereka katakan:

– Adakah kadar inflasi menaik?

– Ya.

– Adakah kadar pengangguran berkurang?

– Ya.

– Adakah tiba masanya untuk berhenti menyuntik kecairan?

– Sukar untuk dikatakan. Mungkin.

Tiada jawapan jelas kepada soalan-soalan tentang bila pengurangan stimulus akan bermula dan peralihan kepada dasar yang lebih ketat bermula. Namun begitu, kita boleh katakan dengan yakin bahawa retorik pihak berkuasa kewangan beransur-ansur menjadi lebih ketat.

Agensi analisis biasanya membuat ramalan tentang pengetatan dasar kewangan jangka panjang. Hari ini, lebih ramai pakar berkata pengetatan akan bermula dalam enam bulan hingga satu tahun berikutnya. Menurut tinjauan yang dijalankan oleh CNBC, BBG dan RTRS, Feds akan memberi bayangan pada permulaan mengurangkan langkah stimulus kecemasan pada mesyuarat bulan November.

Olymp Trade - BBG - Three scenarios for financial markets 2021.10.01
Gambarajah 2. Hasil tinjauan tentang langkah pengurangan beransur yang dijalankan oleh BBG

Begini cara Fed dan bank pusat lain cuba mengaturkan pengurangan pasaran beransur, yang boleh digelar sebagai “pembetulan teknikal sebanyak 20-25 peratus. Pembetulan seperti ini akan menyelesaikan dua masalah utama:

  1. Ia dapat membantu mengurangkan kepanasan pasaran — pada akhir separuh pertama tahun ini, nisbah modal-output GDP AS (nisbah permodalan pasaran dengan GDP nominal) adalah sekitar 200%. Keadaan yang serupa diperhatikan di semua negara maju yang lain.
Olymp Trade - GDP- Three scenarios for financial markets 2021.10.01
Gambarajah 3. Nisbah modal-output GDP
  1. Kekalkan penggunaan. Ingat bahawa kira-kira 60% isi rumah AS adalah anggota program 401(K). Maksudnya, mereka melabur di pasaran saham melalui rancangan persaraan. Oleh itu, pengulangan senario tahun 2008 bukanlah pilihan terbaik untuk Fed.

Pengurangan seharusnya dilakukan secara lancar yang mungkin, pilihan ideal adalah untuk tidak perlu melakukannya langsung.

 

Senario 3. Pandangan Optimistik

Penyokong senario ini juga mempunyai hujah mereka yang agak berat. Mari kita lihat keadaannya dengan stok FAANG. Nisbah purata P/E Facebook, Apple, Amazon, Netflix, dan Google adalah 41.46, yang bermaksud bahawa tempoh pembayaran balik sekuriti ini melebihi 40 tahun secara purata. Namun, yang menarik adalah bahawa nisbah P/E hampir semua syarikat ini kekal tinggi sejak lima tahun yang lalu.

Olymp Trade - Amazon - Three scenarios for financial markets 2021.10.01
Gambarajah 4. Nisbah P/E: Amazon
Olymp Trade - Facebook - Three scenarios for financial markets 2021.10.01
Gambarajah 5. Nisbah P/E: Facebook
Olymp Trade - Apple - Three scenarios for financial markets 2021.10.01
Gambarajah 6. Nisbah P/E: Apple
Olymp Trade - Google- Three scenarios for financial markets 2021.10.01
Gambarajah 7. Nisbah P/E: Google
Olymp Trade - Netflix - Three scenarios for financial markets 2021.10.01
Gambarajah 8. Nisbah P/E: Netflix

Seperti yang dilihat, hanya P/E Apple hampir kepada nilai ekstrem. Syarikat gergasi AS yang lain tiada masalah ini.

Ia mengesahkan peraturan bahawa tiada apa-apa yang istimewa tentang nisbah P/E pengganda saham utama yang agak tinggi bagi syarikat pertumbuhan. Akibat itu, penyokong senario optimistik mengatakan bahawa kepanasan berlebihan dalam pasaran hanya satu mitos. Lebih-lebih lagi, terdapat pendapat bahawa peserta pasaran besar dengan sengaja mencipta latar belakang luaran negatif untuk menambah syer “murah” kepada portfolio mereka.

 

Kesimpulan

Ketiga-tiga senario mempunyai hak untuk wujud, dan terserah kepada anda untuk memutuskan mana yang harus dipertimbangkan. Akal umum mengatakan bahawa senario pertama dan kedua lebih cenderung terjadi kerana krisis selalu merupakan masa peluang, dan krisis yang mendalam (senario 1) adalah masa peluang besar.

Penurunan pasaran saham sebanyak 40-50% akan memberi peluang untuk menambahkan sekuriti yang lebih murah ke portfolio anda dan memperoleh keuntungan yang lumayan setelah kitaran kewangan yang terhad selesai. Satu-satunya perkara penting adalah mempunyai wang tunai semasa anda mungkin memerlukannya. Platform Olymp Trade menawarkan mod Stock Price Trade kepada mereka yang ingin melabur dalam sekuriti murah tanpa membayar yuran untuk membuka posisi.

Related posts
Analisis Fundamental

Carta US Dollar Index

Untuk kebanyakan pedagang, Indeks Dolar Asas ialah aset yang agak kompleks. Tetapi, jika anda mengenali alat ini dengan lebih baik, ia dapat membantu anda untuk memahami...
Analisis Teknikal

Manfaatkan DeMark Oscillator

Salah satu daripada alat-alat yang tersedia untuk pedagang Olymp Trade ialah DeMark Oscillator. Kami menerangkan alat itu, cara ia berfungsi dan cara pedagang boleh memanfaatkan...