Analysis

Ulasan Pakar: Bitcoin Mencapai $67,000. Kenapa Menaik?

Analitis Tempoh Pertengahan oleh Pakar Olymp Trade


Pasaran semakin kelihatan seperti berkemungkinan kenaikan harga lebih lanjut dan penamatan langkah-langkah stimulus kecemasan. Sementar aitu, terdapat kemasukan dana yang ketara dalam Bitcoin, yang mengemas kini tahap tertingginya. Apa yang berlaku pada minggu lepas dan apa yang patut dijangka di masa hadapan? Baca segala-galanya tentang ini dan lebih banyak lagi dalam rencana kami.

 

Trend Minggu Lalu

  • Tesla  +9.25%. Membuka dagangan dengan $100 dan pengganda X20 boleh menghasilkan $185.
  • Alibaba  +6.38%. Membuka dagangan dengan $100 dan pengganda X20 boleh menghasilkan $127.60.
  • ETH/USD  +7.19%. Membuka dagangan naik dengan $100 dan pengganda X10 boleh menghasilkan $71.90.

 

Pasaran Mata Wang

Minggu ini, pasangan mata wang bergerak dalam arah yang berlainan. Dengan latar belakang statistik inflasi yang penting secara relatif, dolar New Zealand berprestasi baik. Data yang diterbitkan pada suku ketiga tahun ini, menunjukkan kenaikan indeks harga konsumer sebanyak 2.2% dan 4.9% dari segi tahunan. Ingat bahawa sasaran inflasi untuk RBNZ adalah 2.2%.

Inflasi di New Zealand, seperti mana di seluruh dunia, terutamanya merupakan inflasi penawaran. Negara ini mengimport jumlah besar minyak (tahun 2020, import minyak mentah melebihi 4% jumlah keseluruhan import) dan kenderaan (lebih 11% struktur import keseluruhan).

Dengan latar belakang krisis tenaga dalam bentuk kenaikan harga tenaga (harga minyak Brent meningkat lebih daripada 22% sepanjang dua bulan yang lalu), kita juga melihat kenaikan dalam harga komoditi, menyebabkan kenaikan harga untuk komponen kenderaan. Oleh itu, tidak mengejutkan bahawa indeks harga konsumer melonjak begitu banyak. Menurut data daripada BBG, pasaran menetapkan kebarangkalian 90% untuk kenaikan kadar faedah pada November tahun ini. Oleh itu, pertumbuhan NZD adalah wajar sepenuhnya.

Detik kebenaran akan datang untuk pasangan NZD/USD – sama ada arah naik boleh mengatasi maksimum tempatan 0.71710 atau tidak. Dari segi analisis teknikal, pasangan membentuk corak lilin arah turun yang klasik pada tahap rintangan. Manakala persoalan besar adalah jika kita akan melihat ‘bearish engulfing’ atau ‘veil of dark clouds’, walaubagaimana pun, kedua-dua corak ini agak kuat. Selain itu, beri perhatian kepada penunjuk RSI, yang hampir tidak memasuki zon “terlebih jual” tetapi membalik.

Olymp Trade - NZD/USD - Expert Review 2021.10.25
Gambarajah 1. Pasangan mata wang NZD/USD. 1D TF.

Jika kita memberi perhatian kepada pilihan vanilla, delta call options mingguan dengan harga strike 0.72000 ialah 0.36. Peserta pasaran tidak yakin dalam pergerakan lanjut yang lebih hampir kepada pariti. Mempertimbangkan pasaran mempunyai peraturan “beli semasa khabar angin dan jual semasa fakta,” kami rasa bahawa pengetatan dasar kewangan oleh RBNZ mungkin memainkan peranan negatif untuk mata wang nasional ini.

 

Pasaran Saham

Pasaran saham Amerika terus meningkat semasa minggu 18-22 Oktober. Indeks Dow Jones melebihi paras 35,500. Indeks Nasdaq tutup beberapa jurang sekaligus dan terus meningkat. Sasaran teknikal untuk indeks mungkin menjadi 15,600. S&P 500 melebihi 4500 mata dan terus meningkat. Pertumbuhan bursa saham berterusan dengan latar belakang hasil yang semakin meningkat pada Perbendaharaan AS, yang bermaksud pasaran sudah merancang kenaikan harga tidak lama lagi, atau sekurang-kurangnya retorik yang lebih tegas tentang mengabaikan QE.

Menurut sentimen, pasaran melihat harga penuh sehingga sebanyak dua kenaikan kadar Fed menjelang hujung 2022. Pada masa yang sama, menurut anggaran BBG, pasaran 50% yakin bahawa Fed akan menaikkan kadar sebanyak 25bp seawal Jun tahun depan. Para pakar berpendapat bahawa pasaran sekuriti hutang tidak dapat merosot sendirian dan bahawa pasaran saham akan segera menyusul, yang bermaksud bahawa setiap pertumbuhan sekarang perlu dilihat secara kritikal.

Pedagang harus bersedia untuk kemungkinan berlakunya pembalikan. Sementara itu, pertumbuhan yang paling ketara untuk minggu ini dilihat oleh syer Nvidia, menambah lebih 5.5%.


Alibaba meningkat hampir 6% – pertumbuhan syarikat juga disebabkan Jack Ma meninggalkan China untuk bercuti di MAjorca, oleh itu menunjukkan pelabur bahawa pihak berkuasa China tidak akan mendakwanya. Ini adalah dorongan untuk pertumbuhan syer syarikat ini.


Facebook menambah 5%. Berita menarik tentang syarikat adalah berkaitan penjenamaan semula, yang akan diumumkan pada 28.10.


Permodalan Apple juga meningkat agak baik (saham meningkat 5.93%). Saham Apple pada masa ini berada dalam saluran harga bullish. Sempadan bawah saluran itu (tahap sokongan) terletak pada kira-kira $140. Sempadan atas saluran atau tahap rintangan terletak sedikit di atas $160. Menurut analisis teknikal, jika pertumbuhan ke sempadan atas saluran hendak berterusan, saham mesti mengatasi tanda signifikan $150 (tahap penjejakan semula Fibonacci pada 61.8%).

Olymp Trade - Apple - Expert Review 2021.10.25
Gambarajah 2. Syer Apple. 1D TF.

Menurut analisis asas, keadaan kelihatan berbeza – berdasarkan model binaan untuk mendiskaun aliran wang tunai (model DCF), penilaian adil syarikat adalah lebih sedikit daripada $2 trillion, manakala permodalan semasa ialah 2.5 trillion, bermaksud ia terlalu mahal.

 

Pasaran Komoditi

Minyak mentah Brent terus meningkat, mengemas kini maksimum baharu pada $85.52 per tong. Kurang sedikit daripada ketinggian tujuh tahun pada $86.70. Trend bullish semasa berterusan, dengan sokongan tempatan pada $83.60. Pada hujung minggu lalu, aset mula mengalami pembetulan, tetapi masih terlalu awal untuk membincangkan trend pembalikan global.

Olymp Trade - Brent - Expert Review 2021.10.25
Gambarajah 3. Minyak Brent. 1D TF.

Krisis dalam sektor tenaga semakin teruk. Dalam banyak bidang, terdapat kekurangan bekalan dan peningkatan permintaan. Dari segi minyak, harganya disokong oleh sebut harga yang keterlaluan untuk gas dan arang, yang meningkatkan permintaan untuk “emas hitam”. Tambah dasar was-was daripada OPEC+, yang tidak terdesak untuk meningkatkan pengeluaran walaupuan situasi harga semasa. Oleh itu, terdapat masalah untuk pertumbuhan harga yang berterusan.


Futures arang baru termal pada September meningkat kepada $218.65 setiap tan. Pada awal Oktober, ia melebihi maksimum tahun 2008. Harga melebihi $224 dan mencapai ketinggian baharu $280. Pada masa ini, harga mengalami pembetulan, tetapi arang batu masih mahal untuk konsumer. Selepas Rusia menunjuk-nunjuk kekuatannya, yang akhirnya mengakibatkan perjanjian tentang isu gas, harga gas mula mengimbang. Gas semula jadi menemui garis trend menaik yang bermula lewat bulan Ogos pada tahap $5.450 per juta unit terma British. Sekarang, tahap ini bertindak sebagai rintangan. Sokongan tempatan adalah pada $5,200.

Olymp Trade - Natural gas - Expert Review 2021.10.25
Gambarajah 4. Gas semula jadi. 1D TF.

Namun begitu, masih terlalu awal untuk bercakap tentang perubahan dalam trend. Untuk melakukan ini, sebut harga mesti jatuh di bawah $4,500 dan menembusi garis arah aliran jangka panjang. Namun, sebelum itu, harga akan menembusi tahap sokongan yang kuat pada $ 4,800.

Statistik dari Amerika Syarikat tidak menyokong sebut harga tersebut. Data dari EIA mengatakan bahawa pertumbuhan gas AS pada minggu lalu meningkat sebanyak 92 bilion sementara ramalannya 90 bilion. Perlu juga diperhatikan bahawa Amerika Syarikat mengakhiri penyelenggaraan terminal, dan eksport LNG mulai kembali kepada nilai biasa.

 

Mata Wang Kripto

Bitcoin memperbaharui ketinggian baharu kepada hampir $67,000! Aset memecah rekod tinggi April sebelumnya, iaitu pada $65,000. Aras ini kini bertindak sebagai sokongan tempatan. Dalam masa satu minggu, harga BTC naik lebih daripada $10,000 dan ini mungkin bukan penghujungnya. Beberapa ramalan pengangalisa yang kos yang membawa mata wang kripto mencapai $100,000 menjelang hujung tahun tidak lagi begitu optimistik.

Olymp Trade - Bitcoin chart - Expert Review 2021.10.25
Gambarajah 5. Bitcoin. 1D TF.

Permodalan Bitcoin melebihi $1.2 trillion, dan pasaran mata wang kripto $2.6 trillion. Perolehan perdagangan harian juga memperbaharui ketinggian baharu dan lebih daripada #132 billion.

Tidak seperti kebanyakan trend, ini disebabkan oleh beberapa faktor fundamental yang penting. Apa yang dinanti-nantikan oleh pedagang sejak 2017 telah berlaku! Pada 15 Oktober, SEC meluluskan ETF Bitcoin AS yang pertama atas permintaan ProShares. Instrumen itu menerima ticker BITO dan menjadi ETF pertama di dunia untuk melebihi $1 billion nilai aset dalam masa 2 hari. Ketua SEC Gary Gensler mengulas tentang peristiwa ini dalam temu bual dengan CNBC. Beliau percaya ProShares ETF adalah berdasarkan “kelas aset yang sangat spekulatif” dengan perubahan yang ketara. Namun, ini tidak menghalang SEC daripada meluluskan permohonan lain untuk melancarkan dua lagi ETF future Bitcoin:

  • daripada VanEck. Keputusan berkuat kuasa pada 23 Oktober. Perdagangan untuk instrumen baharu dengan ticker XBTF pada platform Cboe BZX dijadualkan bermula pada 25 Oktober.
  • Daripada Valkyrie Investments. ETF mula didagangkan pada 22 Oktober dengan ticker BTF.
Olymp Trade - Bitcoin metrics - Expert Review 2021.10.25
Gambarajah 6. Metrik Bitcoin

Sudah tentu, kemas kini ketinggian baharu telah meningkatkan selera pedagang kripto. Indeks Ketakutan dan Ketamakan memasuki keadaan Ekstrem dan mencapai 84 mata. Pedagang runcit terbahagi sama rata tentang masa depan jangka pendek BTC membantu sentimen bullish kekal minggu lalu.

Indeks Dominan BTC meningkat sepanjang minggu tetapi mengalami pembetulan kepada 46%. Ini berlaku dengan latar belakang pertumbuhan altcoin, yang harganya mula meningkat. ETH juga memperbaharui nilai tertinggi pada $4,375.

 

Kesimpulan

Mata wang paling kuat minggu lalu ialah New Zealand dollar, yang meningkat dengan jangkaan pengetatan kewangan oleh Reserve Bank of New Zealand pada mesyuarat seterusnya pada November. Namun begitu, halangan untuk kenaikan lanjut NZD.USD ialah tahap 0.72000, yang agak sukar untuk diatasi bulls.

Pasaran mengalami keadaan yang bertentangan. Pada satu sisi, kita melihat kenaikan hasil UST, yang bermaksud penurunan harga dalam pasaran hutang, dan sisi lain pula, kita melihat pembalikan indeks saham. Berkemungkinan, penurunan harga bon mungkin merupakan isyarat penurunan lanjut di pasaran saham. Kami tidak mempercayai sepenuhnya pertumbuhan semasa dalam permodalan bursa saham.

Pasaran komoditi mengalami sedikit pembetulan selepas ketinggian baru-baru ini dilihat untuk beberapa aset. Yang paling ketara adalah gas semula jadi, manakala minyak hanya mul kuat.

Bitcoin mencapai ketinggian baharu di tengah-tengah kelulusan ETF daripada SEC. Mata wang utama tidak akan berhenti di sana, selepas menerima aliran modal dan latar belakang sentimen positif.

Related posts
Analysis

Berita Mingguan 02.09-06.09.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita, Trend & Analitis 16.04.2020

Saham Tesla meningkat dua kali ganda sejak awal bulan Mac, walaupun terdapat krisis ekonomi yang semakin meningkat. Apakah rahsia Elon Musk?
Analysis

Berita, Trend & Analisis 02.07.2019

G20 membawa gencatan senjata sementara antara Amerika Syarikat dan China. Pasaran AS menunjukkan pertumbuhan kerana harapan untuk berakhirnya perang perdagangan.